Bismillahir Rahmanir Rahiim..
Pendahuluan
Sebenarnya, nota ini telah lama tersimpan di dalam buku catitan penulis. Tekanan masa yang sangat sempat menghalang penulis untuk mengeposkannya, memandangkan ianya topik yang agak luas dan besar. Pemendekan akan dipertimbangkan, mengikut keperluan idea dan buah fikiran penulis.
Untuk entri kali ini; seperti topik di atas; kita akan mengupas serba-sedikit mengenai falsafah perenialisme. Jujur, penulis pernah tertipu dengan idea dan falsafah ini dahulu, atas penyelakan buku Dr Muhamad Imarah. Sebenarnya--perenialisme ini tidaklah segenapnya salah dan tidak pula seluruhnya betul. Ianya tidak melengkapi makna sebenar teologi Islamiyyah. Semoga Allah mengampuni khilaf penulis dulu.
Baiklah, kita kupas secara teliti, takut tersalah faham; memungkinkan wujudnya keraguan. Biarlah penulis sahaja yang pernah merasai betapa menyesalnya menganut fahaman ini.
Definisi Falsafah Perenialisme
Perkara pertama yang perlu kita bincangkan untuk memulakan pembedahan subjek adalah dengan melihat makna harfiah dan istilahiyyah subjek tadi. Pendefinisian falsafah perenialisme dari segi terminologi agak mudah untuk difahami. Saya hanya menitipkan takrif mengikut pemahaman saya. Sebelum itu, adakah lebih baik jika kita pecahkan frasa "filasafah perenial" ini kepada dua, iaitu "filasafah" dan "perenial".
'Philo' didefinisikan sebagai "pengetahuan", atau lebih kepada "hikmah" atau "kesedaran". 'Sophia' pula bermaksud "rasa cinta". Perenialisme dicedok dari perkataan Yunani, 'perennis' yang membawa makna "abadi", "tidak berubah" dan "tidak berpenghujung". Jika dicantumkan kesemuanya; "hikmah cinta abadi". Secara istilahiyyahnya, bermaksud: "cintakan hikmah kebenaran yang abadi".
Iktikad/Konsep Asas Perenialisme
Perenialis (penganut perenialisme) berpendapat bahawa semua agama memiliki satu Kebenaran Tunggal (sekarang kita singkatkan kepada KT). KT ini kemudia berasimilasi dengan budaya tempat ia didedahkan. Seperti contoh; jika KT ini diletakkan di Arab, maka menjadilah Islam. Jika diletakkan di China, jadilah Konfusionisme. Malangnya, konsep inilah yang menjadi kontradiksi buat para perenialis.
Jika benar KT beradaptasi; membentuk agama-agama baru berdasarkan budaya tempat ia didedahkan, maka itu jelas bertentangan dengan tamadun China yang memiliki kontradiksi falsafah antara Taoisme dan Konfusionisme. Begitu juga dengan di Iran; di mana Magi bersalahan dengan Zarasthura. Dan yang paling dekat contohnya adalah Islam dengan Kristian yang berasal daripada jazirah yang sama.
Selain itu, mereka percaya, semua agama akan membawa ke syurga. Agama menurut mereka hanyalah deskripsi atau jelmaan terhadap KT tadi. Pernyataan ini sekali lagi berlawanan dengan konflik yang kita hadapi sekarang. Jika semua agama berasal KT, maka kenapa berlaku kontradiksi--mengapa realiti tadi sepertinya berlawanan antara satu agama dengan agama yang lain?
Sayugia diingatkan bahawa semua/kebanyakan agama bukan sahaja berbeza dari segi eksternal seperti yang diperkatakan perenialis. Di dalamnya, semua agama mengajarkan ciri ketuhanan yang berbeza. Kenyataan ini sangat menyakitkan buat para perenialis dan meninggalkan luka yang amat besar kepada mereka.
Penulis memahamkan perenialis seperti suatu langkah ekuminisme; cuba untuk mendamaikan kontradiksi antara agama yang sememangnya tidak boleh disembuhkan lagi. Kontradiksi-kontradiksi ini sangat serius untuk dipulihkan kerana ianya telah menjadi identiti agama terbabit. Jika pertentangan ini bisa dipulihkan dan ekuminisme direalisasikan, maka identiti agama telah termusnah.
Frithjof Schuon dalam bukunya 'The Trascendental Unity of Religion' menyebutkan bahawa satu-satunya yang menyebabkan perbezaan dalam kalangan agama adalah faktor ekstenalisme. Perihal ini sudah direfutasikan pada penjelasan eksklusivisme setiap agama. Manusia seperti Frithjof sangat bergantung kepada analogi "sepuluh lelaki buta dan seekor gajah" karangan Jalaludin Rumi. Rumi tidak pernah mengajarkan perenialisme, kerana pada buku yang sama beliau menegaskan kepentingan hukum syariah. Syariah seperti yang kita tahu merupakan rupa eksternal Islam.
Kita mungkin juga perlu melihat dari sudut perenialis Barat seperti Edgar S. Brightman dalam bukunya 'New Thought: A Practical American Spirituality', mukasurat 89-92. Dalam mukasurat yang disebutkan, beliau menerangkan wujudnya darjah kebenaran yakni, gredasi realiti. Katanya, semua manusia dipenuhi dengan realiti yang suci; jiwa dan kesamarataannya.
Tambahnya lagi pada mukasurat 92-94; Tuhan itu 'Person' dalam perkataan lain, 'Tokoh' atau 'Diri' yang secara definitifnya memahami, memberi reaksi dan merefleksi; untuk menerangkan tujuan dan menilai Dirinya Sendiri.
Albert C Knudson pula dilaporkan sebagai menyebut; "Agama adalah suatu bentuk minat dengan kewujudan etikaNya". John Hick--pluralis Kristian pun menyebut hal yang hampir serupa dengan mengatakan, "Agama hanyalah reaksi manusiawi terhadap Tuhan/Kebenaran Absolut". Dan yang paling kontroversi adalah Seyyed Hassan Nasr, tokoh Muslim paling tersohor di Amerika. Dipengaruhi Rene Guenon dan Frithjof, beliau menyatakan bahawa "agama adalah keadaan bagaimana Tuhan mendepiksikan dirinya kepada kumpulan-kumpulan tertentu".
Namun tidaklah lengkap jika kita membincangkan berkenaan perenialisme tanpa menyebutkan "bapa" kepada pemahaman ini, yakni Marsilio Ficino.
Siapa Marsilio Ficino?
Beliau merupakans seorang humanis, astrologis dan filasafat Renaissance yang dihukum bunuh oleh Roman Katolik. Beliau mengatakan ada "kenyataan yang lebih dalam". Kenyataan ini amat berbahaya kepada ajaran triniti yang menganuti eksklusivisme: Kristian satu-satunya jalan keselamatan manusia. Perenialisme berlawanan secara langsung dengan dogma "jalan keselamatan" ini.
Meskipun begitu, "perjuangan suci" beliau tidak berakhir di situ. Anak muridnya yang setia; Pico menjelaskan dengan lebih lanjut menggunakan 'prisca theologica'. Menurut Pico, KT mungkin bisa ditemui pada segala jenis adat dan agama. Khabar angin yang menyatakan bahawa beliau dipengaruhi Ibn Rushd (Averroes), Al Qur'an dan Kabbala (Charles Schmitt, P513).
(akan bersambung. Untuk pos akan datang, saya akan menyebutkan dalil perenialisme dalam Al Qur'an di samping ayat Al-Qur'an yang menentangnya)
No comments:
Post a Comment