Bismillahir Rahmanir Rahiim
Sejuta Mohon Maaf
Sebelum saya memulai masukan kali ini, maafkan penulis kerana tidak menuliskan apa-apa selama lima hari. Penulis adalah seorang pelajar; maka komitmen kepada pelajaran tidak dapat dielakkan. Untuk entri inipun, penulis mencuri sedikit masa makan. Memohon maaf sekali lagi jika penulisan tidak berapa aktif, atau ada ralat dalam penulisan-penulisan sebelum ini.
Dan lagi satu; untuk kesinambungan entri sebelum ini, yakni 'Perenialisme: Menjulang Kepalsuan Dengan Penyatuan' (lihat sini):- saya akan tulis seawal mungkin. InshaAllah akan diusahakan siap minggu ini. Jika tidak sempat, penulis awal-awal memohon sejuta ampun kerana kesulitan itu kerana minggu ini, banyak komitmen perlu diberikan tumpuan.
-------------------------------------------------------------------------
>:[{Secebis Keagungan Al Qur'an}]:<
Baik & Jahat
Terdapat satu ayat yang mana saya dapat rasakan, bercerita secara langsung dengan saya dari halaman. Ayat tersebut menyebutkan dua perkataan Arab, al-khabeeth dan al-taib. Surah itu berbunyi;
"Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya."
(Surahtul Ma`idah, ayat 100)
Maka saya mencari keuda-dua perkataan tersebut dalam Bahasa Arab di dalam Al-Qur'an dan mengejukan; kedua-duanya digunakan dalam pewahyuan Al-Qur'an sebanyak tujuh kali. Namun, keduanya tidak sama banyak. Saya tidak sepatutnya menjangka kedua perkataan ini berlaku sama banyak. Mari lihat sinambung ayat di atas;
"...oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya."
Oleh itu solusi ketidakseimbangan bilangan perkataan dengan maksud [5:100] adalah dengan menggunakan akal. Fahamkan dan anda akan berjaya; itulah yang saya faham. Sebenarnya, saya menemukan jawaban dalam satu ayat pada tiga surah berikutnya yang merakamkan;
"Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman) dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya..."
(Surahtul Anfal, ayat 37)
Di sinilah penyelesaiannya (mengapa kebaikan dan kejahatan sama banyak, sedangkan dalam [5:100] tadi dikatakan keduanya tidak sama). Ketika kita melihat tujuh keberlakuan al-khabeeth (kejahatan) yang sama banyak dengan jumlah keberlakuan al-taib (kebaikan)--menurut ayat prinsip ayat di atas [8:37]--kejahatan dipisahkan kebaikan dan diletakkan berhimpitan satu di atas yang satu lainnya. Kita tidak mengira kedua-dua perkataan terbseut sebagai tujuh yang berasingan.
Keberlakuan Perkataan
Kesalahan yang digemari, atau lebih tepat; kesalahan yang diinginkan, yang selalunya dibacakan pengkritik Al Qur'an adalah menurut mereka "Penulis" Al Qur'an (menurut kita: Allah SWT) jahil kerana menuntut manusia untuk menggunakan kalendar Lunar dan meninggalkan kalendar Solar (Gregorian; Masihi). Pengkritik ini mengatakan bahawa "Penulis" tidak menyedari beza panjang tahun. Setiap yang mengikuti kalendar Lunar kehilangan sebelas hari bagi setiap tahun.
"Penulis" Al Qur'an sememangnya tahu persis beza panjang masa tahun Hijriah dengan tahun Gregori (Masihi). Dalam surah kelapan belas, ayat sembilan; ia menyebutkan bahawa tiga ratus tahun dan kesamaannya sebagai tiga ratus sembilan tahun. Mengejutkan, tiga ratus tahun Gregori bersamaan dengan tiga ratus dan sembilan tahun Lunar.
Mari kita kembalai kepada skim saya yang asal berkenaan keberlakuan perkataan dalam Al-Qur'an. Perkataan Arab bagi bulan adalah shahar, akan ditemukan sebanyak dua belas kali dan Al-Qur'an. Terdapat dua belas bulan, maka berapa pula bilangan hari. Dan seperti yang dijangka, perkataan Arab bagi hari, al-yaum adalah tiga ratus enam puluh lima kali dalam Kitabullah.
Tetapi yang paling menarik perhatian saya adalah isu terawal iaitu bilangan keberlakuan bulan dan hari adalah perbezaan kalendar Solar dan kalendar Bulan. Selama dua puluh lima abad, telah diketahui bahawa posisi relatif matahari, bulan dan bumi sejajar bagi setiap sembilan belas tahun. Kejadian ini disebut sebagai kitaran Meton. Saya lihat semula perkataan tahun daama bahasa Arab, sanah, dan saya temui--sudah pasti--ianya berlaku sebanyak sembilan belas kali.
Penerangan Terbaik
Kita diberitahu dalam Al-Qur'an bahawa tiada penanya yang mendatangi seorang Muslim dengan pertanyaan melainkan telah disediakan jawaban untuk persoalan itu, dan penerangan terbaik untuk apapun soalannya. Ayat ini menyebut;
"Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya."
(Surahtul Furqan, ayat 33)
Kita lihat semula indeks Al-Qur'an dan menemui perkataan qalu (mereka berkata), sebanyak tiga ratus tiga puluh dua kali. Antonim qalu, yakni qul (katakanlah) ditemukan pada bilangan yang sangat indah; tiga ratus tiga puluh dua kali.
------------------------------------------------------------------------
[dipetik daripada buku,'The Basis of Muslim Belief' oleh Gary Miller a.k.a Abdul-Ahad Omar, muka surat 20-25.1995, Kuala Lumpur.]
No comments:
Post a Comment