Monday, May 2, 2011

Teori Otak dan Pendapat

Bismillahir Rahmanir Rahiim..

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan teori otak. Baru-baru ini kelas saya telah mengadakan diskusi panjang lebar berkenaan tiga teori otak yang utama; teori 'Split-brain', teori 'Kecerdasan Pelbagai' dan teori 'Tri-une Brain'. Saya akan cuba mengupas satu demi satu teori ini dan mensintesiskan sebuah penilaian kendiri saya berkenaan ketiga-tiga teori ini.

Segala jeni komen mahupun saranan amat saya alu-alukan. :)

Teori 'Split-brain'

Teori 'split-brain' diperkenalkan olah salah seorang ahli neurologi paling hebat di Amerika, yakni Prof. Roger Sperry. Beliau memenangi anugerah Nobel bagi sumbangannya ('split-brain') dalam bidang neurologi.

Teori 'Split-brain'.. bolehkah ia
mendorong 'split-personality'?
'Split-brain' adalah suatu istilah saintifik yang menerangkan pemisahan dua hemisfera otak yang berlaku disebabkan putusnya 'corpus callosum'; jambatan yang menghubungkan hemisfera kiri dan kanan otak. ianya boleh berlaku melalui kemalangan ataupun secara sengaja ('callostomy'). 

Penemuan Dr Sperry bermula apabila beliau mendapat pesakit epilepsi yang menjalani pembedahan 'callostomy' menghadapi masalah untuk menyebut nama benda yang disaksikannya. Contohnya: saya tunjukkan sebiji epal, pesakit epilepsi 'post-callostomy' tidak akan berupaya menyebut nama epal tadi, meskipun dia tahu yang itu adalah epal. Hal ini kerana, menurut penemuan Dr Broca dan Wernicke pada tahun 1800an, bahagian respond dan stimulus otak adalah berbeza.

(Kita tidak akan lari jauh dari topik Prof Roger Sperry; oleh itu adalah lebih baik jika kita meninggalkan sebentar perihal kajian Broca dan Wernicke tadi.)

Teori 'Kecerdasan Pelbagai'

Teori 'Kecerdasan Pelbagai' merupakan tesis seorang lagi ahli neurologi Jerman/Yahudi yang berpengalaman, Prof Howard Gardner. Beliau mengasaskan pemikiran sedemikian pada 1983, sewaktu menduduki jawatan sebagai profesor pendidikan di Universiti Harvard.

Sesetengah pengkomentar berpendapat bahawa, masa silamnya yang dipenuhi luka-luka Nazisme dan kehilangan abang kandungnya, Eric dalam satu kemalangan menjadi titik mula pembinaan personaliti yang matang dan berfikiran dalam. Dari situ, otaknya mulai berfikir seputar kehidupan di dunia (Gardner: 1989, m/s 23). Beliau pernah berkata:
"I want my children to understand the world, but not just because the world is fascinating and the human mind is curious. I want them to understand it so that they will be positioned to make it a better place. Knowledge is not the same as morality, but we need to understand if we are to avoid past mistakes and move in productive directions" (Howard Gardner 1999: 180-181)
Keinginan serta ghairah dalam mengejar cita-cita (pernah menentang keputusan ibu bapanya untuk dihantar ke  Phillips Academy di Andover, Massachusetts. Sebaliknya, beliau pergi ke Wyoming Seminary, di Kingston, Pennsylvania). Mulanya, beliau ingin menjadi ahli sarjana dalam bidang undang-undang, tetapi tutornya (Prof Erik Eriksson) di Universiti Harvard mengubahnya untuk menjadi seorang ahli pendidikan.

Prof Gardner berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai lapan pecahan kecerdasan pelbagai, iaitu:

  • Linguistik (kecerdasan bahasa)
  • Logik-matematik (kecerdasan logik-kalkulasi)
  • Spatial (kecerdasan gambar-observatif)
  • Tubuh-Kinestetik (kecerdasan fizikal)
  • Musik (kecerdasan musik dan irama)
  • Interpersonal (kecerdasan sosial
  • Intrapersonal (kecerdasan kendiri-emosi-refleksi)
  • Naturalis (kecerdasan terhadap alam)

 Kesemua kecerdasan ini amat berguna dalam memecahkan kaca yang memerangkap potensi otak serta membuat pilihan terbaik dalam kerjaya. Begitupun, kadar keberjayaan adalah subjektif; bergantung kepada usaha serta faktor luaran yang mempengaruhi seseorang.

Teori Otak 'Triune'

Paul Maclean merupakan pelopor kepada idea bahawa meskipun manusia mempunyai satu otak, sebenarnya ada tiga otak yang bekerja di dalam otak manusia. Keyakinan ini agak bersifat keagamaan sedikit. Tidak berani juga saya mengatakan dapatan beliau berpunca dai rasa sayang pada agamanya.

Apapun, dari segala jenis teori, ini mungkin yang paling kompleks. Teori otak 'Triune' merupakan suatu teori yang menjelaskan bahawa otak terbahagi kepada tiga fungsi; fungsi reptil, fungsi neokorteks dan fungsi limbik. Setiap satu daripadanya memiliki peranan dalam pembentukan peribadi.

  • limbik: berfungsi sebagai pengatur persepsi, perancangan, abtraksi dan bahasa.
  • neokorteks: berfungsi sebagai pengawal emosi, sikap reproduktif dan keibubapaan.
  • R-kompleks: berfungsi sebagai pengawal fungsi badan, kekerasan sikap, dominasi dan kewilayahan.

 Pendapat saya:

Adalah menjadi suatu keanehan apabila perkara seghaib pemikiran mampu diterjemah menjadi tiga set otak yang berlainan. Sebenarnya, kesemua tiga pendapat di atas hanyalah teori dan bukan fakta. Tidak ada niat untuk berlagak profesor atau bersikap skeptik dengan wibawa tokoh-tokoh di atas, tetapi hanya ingin menyedarkan diri sendiri serta pembaca bahawa tidak semestinya betul apa yang dituliskan Barat. Jangan bulat-bulat percaya.


Teori jika didefinisikan secara teknikal adalah kontras dengan perkataan praktis. Teori menurut kefahaman saya adalah "tekaan terbaik", yang masih tidak/belum dibuktikan dengan eksperimen empirikal. Perkataan Yunani ini sebenarnya kurang nilai praktis. Ia sinonim dengan perkataan kontemplasi dan spekulasi; bertentangan dengan aksi. Sebagaimana ia tidak semestinya betul, maka ia juga tidak semestinya salah.

Contohnya: seorang yang kidal sepatutnya mempunyai hemisfera kanan yang lebih dominan. Dengan itu, aspek yang harusmereka kuasai untuk mengesahkan teori otak di atas adalah; emosi, imaginasi, dimensi, kesedaran spatial dan kreativiti. Mereka sepatutnya tidak mahir matematik (kerana kemahiran matematik terletak di hemisfera kiri otak). Pelik, rakan saya ada yang berotak kanan, tetapi mahir matematik dan berotak kiri, tetapi mahir musik.

Maka balik kepada jawaban.. semua kajian di atas adalah tekaan yang membawa kepada hasil berulang. Teori mereka tidak boleh diimplementasikan kepada semua otak di dunia. Sains sepatutnya universal.

Bak kata Prof Anthony Flown, seorang bekas ateis; kesemua yang manusia tahu hanyalah kebenaran tersangka. Ianya boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Oleh itu, salah jika manusia mahu berlagak dengan ilmu yang dia ada, kerana tidak semuanya valid. Ambli contoh tiga asas utama kajian Howard Gardner; sejarah evolusi dan kemunasabahannya, sokongan daripada tugasan eksperimental psikologi dan sokongan daripada jumpaan psikometrik. Semuanya teoritis, subjektif .. sampai ke ruang abstrak!
"Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu."-Surahtul Mukminun, ayat 71 
Begitulah, manusia memerlukan juga panduan yang mutlak. Manusia sering sahaja salah, dan diciptakan manusia sebegitu agar mereka kembali kepada Yang Mutlak. Di sini saya menegaskan betapa Al Qur'an; dengan segala  kebenaran komtemporari ditambah logik yang berlimpah, berpotensi untuk dikembangkan dan memperkembang individu ke arah pemikiran yang bukan saja kritis, tetapi benar: kebenaran mutlak. Kembalilah kepada Al Qur'an..

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;" -Surahtul Baqara, ayat 2 
 ::Sekian::

No comments:

Post a Comment