Showing posts with label Asumsi. Show all posts
Showing posts with label Asumsi. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Penghargaan Terhadap Islam Oleh John Hick

"Dalam Islam, ada kepercayaan kuat bahawa Muhammad SAWS adalah penutup para Nabi dan bahawa melalui Al Qur`an, Tuhan telah menurunkan kepada manusia agama sejati, membicarakan dirinya-sendiri, dan menyempurnakan semua wahyu sebelumnya. Dengan demikian, sementara seorang Muslim harus menyatakan penolakan secara halus kepada mereka yang menganut keimanan terhadap tradisi Abrahamik lainnya, dan bahkan mungkin, dalam beberapa tafsiran, memperluas konsep Al Qur`an tentang ahlulkitab yang mencakup pemeluk Hindu Buddah, Konfusius dan Tao namun ia akan menahan di samping kitab Yahudi dan Nasrani, namun ia akan tetap menahan makna kuat dari kedudukan unik Al Qur`an. Di sini firman Allah bersifat mutlak, final, desisif dan memerintah yang semua orang harus tunduk dan mematuhinya. Dan keyakinan semisal itu, lagi-lagi, tentu saja tidak menndorong pengakuan pluralisme keagamaan yang utuh dan sempurna."
'Problem of Religious Pluralism', halaman 48-49, John Hick

Monday, September 5, 2011

Identifikasi Keselamatan

Saya ada satu persoalan yang sangat mengganggu imaan. Kalau ada ke`arifan, silalah kemukakan jawaban. Saya jenis terbuka, tidak kiralah pendapat `ulamakah atau pndapat peribadi. Soalannya: 
Jika Islam adalah fitrah kelahiran seseorang, adakah manusia yang lahir serta hidup tanpa dedahan politeisme, diesme, ateisme, dan dsb.; tetapi beriman atas keupayaan sendiri lantaran menjadi tidak tahu (qashhir) tentang Islam atas alasan Al-Qur'an tidak sampai kepadanya; adakah golongan sebegini berada pada jalan yang benar?

Tuesday, August 9, 2011

'Kami' atau 'Aku'

Terdapat suatu persoalan yang bermain di minda penulis yang baru kini, penulis tahu jawabannya. Alhamdulillah, segala keraguan yang penulis alami akhirnya terjawab dengan mudah dan indah dan syukur juga, penulis kembali teguh pada Islam. Yalah, sebagai manusia, penulis sendiripun ada juga keraguan berkenaan hal-hal tertentu dalam Islam.

Dalam berhadapan situasi sebegitu, penulis mengutarakan tiga komen. Pertama, jangan risau dengan keraguan atau was-was dalam agama. Itu bermaksud anda progresif dan sentiasa cuba memahami agama dan sekali gus menjauhkan anda dari taqlid a`maa (masalah taqlid a`maa sekarang ini semakin teruk). Kedua, kalau sudah ada keraguan itu, cepat-cepatlah cari resolusi. Jangan dibiarkan bersarang dan menjadi mainan minda. Bahaya; sebab ia akan menyebabkan keraguan itu jadi tabiat dan buat kejadian. Rujuki Al-Qur`an dan ahadith. Baca penulisan jumhur ulama dan jangan malu bertanya.

Ketiga, beringatlah bahawa Islam agama yang benar. Dihadapkan dengan apa persoalan sekalipun, Islam pasti ada jawabannya. Cuma kita ini yang perlu rajin meneroka daerah ilmu Islam dan dunya ini. Dalam beragama, penulis berpegang kepada prinsip, "Sesungguhnya keraguan ini adalah ujian". Ianya berkesan dan setakat ini, belum pernah mengecewakan. Berpegang teguhlah pada agama dengan gigi geraham kamu (pesaan untuk penulis dan pembaca).

Baiklah, balik kepada topik- persoalan yang terperap dalam fikiran penulis adalah: "Kenapa dalam Al-Qur`an ada perkataan 'Kami' dan 'Aku' yang digunakan Tuhan?". Cuba bandingkan ayat 23 dalam Surahtul Mukminuun dengan ayat 16, Surah At-Tariiq. Beza, kan?

Bagi jiwa yang lemah, persoalan seringkas ini sudah cukup untuk menggugah iman mereka. Penulis sendiri; berusaha hampir tiga bulan untuk mencari jawaban kepada persoalan ini. Sukar untuk menjawabnya jika kita menggunakan pemikiran Melayu. Mesti pembaca tertanya-tanya: mengapa dengan pemikiran Melayu, iman boleh runtuh?

Janganlah saudara-saudari sekalian lupa, bahawa Allah SWT telah menegur kita dalam Surahtul Huud, ayat 2; "Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur`an itu dalam Bahasa Arab, agar kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya". Subhanallah, Allah SWT jugalah yang membaca hati hamba-hambaNya. 

Jadi, apa resolusi untuk persoalan di atas? Rupanya, ia jauh lagi mudah dari apa yang penulis sendiri fikirkan. Di bawah merupakan ekstrak jawaban yang diberikan oleh seorang hamba Allah yang berilmu dan saya berdoa, agar Allah SWT merahmati beliau atas jawabannya itu. Maaf, ada sedikit penambahan untuk melebarkan sedikit konteks:

"Bahasa `Arab ini adalah bahasa yang sangat unik. Justeru itulah dipilih ia sebagai bahasa Al-Qur`an, agar manusia memikirkan sedalam-dalamnya tentang Kitabullah ini. Dan kerana itulah juga, dengan sekadar pemahaman terhadap linguistik Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris tidak cukup untuk mentadabburi Al-Qur`an ini.

Berkenaan dengan persoalan kenapa kadangkala Allah SWT guna Kami dan kadangkala guna 'Aku' itu, agak mudah. Sebelum itu, cuba fikir: kenapa-jika persoalan ini melibatkan akidah-para Sahabat tidak mempersoalkannya di hadapan Baginda? Kenapa tidak ada satupun buku yang ditulis untuk merektifikasikan "kesalahan" ini? Hmm... sudah tentulah kerana para Sahabat  dan ilmuwan Islam tidak mempunyai masalah langsung dalam memahaminya. Hal ini kerana menurut mereka, gelaran 'Aku' dan 'Kami' tidak membezakan dzat Allah SWT."

Dalam sistem Bahasa Arab, partikel '-na' (bermaksud individu plural/jama') mempunayi dua fungsi plural. Satu adalah plural dari segi bilangan dan satu lagi adalah dari segi keagungan. Penggunaan 'Kami' dalam Al-Qur`an menggunakan konteks 'Kami' sebagai perlambangan sebanyak-banyak keagungan Allah SWT."

Terima kasih Allah, terima kasih akhi. Wallahu`alam fissawab.

Sunday, May 15, 2011

Antara Prejudisme, Pareidolia & Pelan Terancang

Bismillahir Rahmanir Rahiim








Apa pendapat anda? Adakah sekadar kebetulan yang repetitif, atau suatu wahana penghinaan? Penulis tidak berani mengatakan mereka sengaja, kerana perbuatan itu mampu menyebabkan keruntuhan sokongan di negara Islam. Tetapi dua kali pandang, dengan mengambil kira sentimen majoriti dunia yang anti-Islam atau Islamofobia--penulis tidak juga menolak kemungkinannya.

Kita bermohon kepada Allah SWT, Al Kabir--agar diberikan petunjuk bagi mencari resolusi sebenar perihal ini. Sebelum itu, adalah lebih baik untuk kita seboleh-bolehnya menolak untuk membeli produk pro-Zionis ini. Bukan berfikiran pesimis, tetapi ia melibatkan akidah. Bagi Islam; perihal akidah adalah suatu yang tidak patut dipermain-mainkan.

::Wallahu`alam::