Bangunku dari tidur, kuhembus nafas bersyukur,
Kuhenjak keinginan takbur,
Amal dan ilmu kutabur,
Takkan kuundur biar kugugur.
Biarlah seluruh jiwaku lebur,
Dalam rahmat Tuhan kuakur,
Iman mekar dan melakur,
Menjadi benih-benih tafakur.
Duniaku ini akan hancur,
Amal dan dosaku kan diukur,
Bilaku kalah, pada pintu syurga ku;
Kutersungkur.
Showing posts with label Kesedaran. Show all posts
Showing posts with label Kesedaran. Show all posts
Tuesday, October 18, 2011
Sunday, October 2, 2011
Merenung Solat
Salaam. Pos ini ditulis sebagai respon terhadap pandangan sesetengah pihak yang memandang ringan hukum kewajiban solat.
Cuba kita renungkan...
Jikalau satu rakaat mengambil masa 1.5 minit, maka 17 rakaat solat fardhu kita sehari semalam cumalah berdurasi 25.5 minit. Dalam seminggu, 178.5 minit, dalam sebulan 765 minit, dan dalam setahun 9307.5 minit, bersamaan 155.125 jam.
Sekarang bayangkan pula umur kita mencecah 60 tahun (menurut hadith yang saya pernah baca), dan umur mukallaf kita adalah sepuluh tahun (umur diwajibkan bersolat), maka jangka masa diperintahkan bersolat adalah lima puluh tahun. Ini bermakna- jika solat lima waktu dijalankan secara konsisten selama waktu lima puluh tahun itu, sebenarnya, kita hanya membelanjakan 0.85 tahun daripada keseluruhan usia kita untuk bersolat. Ini bersamaan 1.417% dari keseluruhan hayat kita.
Begitupun besar nikmat Allah SWT, dan sungguhpun begitu ringan ibadah yang Dia Perintahkan, suruhan itu masih terlalu berat untuk kita laksanakan. Bahkan, ada yang tidak melaksanakannya langsung, mendabik dada di muka bumi Allah dengan kesenangan dan limpah kenikmatan yang dia ada.
Signifikan solat dalam Islam
Solat dalam Islam mempunyai banyak kepentingan. Dan setiap satu kepentingan menjadi dasar atau identiti Islam itu sendiri. Setiap perlakuan dan ucapan di dalamnya merupakan simbolik hidup sebagai Muslim. Sheikh Al-Akbar Ibnu `Arabi (r.a) dalam buku beliau, 'Jalan Selamat Menuju Allah SWT' mengatakan bahawa:
Signifikan solat dalam Islam
Solat dalam Islam mempunyai banyak kepentingan. Dan setiap satu kepentingan menjadi dasar atau identiti Islam itu sendiri. Setiap perlakuan dan ucapan di dalamnya merupakan simbolik hidup sebagai Muslim. Sheikh Al-Akbar Ibnu `Arabi (r.a) dalam buku beliau, 'Jalan Selamat Menuju Allah SWT' mengatakan bahawa:
- Wudhu adalah simbolik kebersihan dan airnya adalah simbolik kebijaksanaan.
- Pemaduan seluruh umat mukmin terhada kiblah yang satu melambangkan kesatuan tauhid mereka.
- Surah Al-Fatihah merupakan dialog Tuhan dan hamba-Nya, dan di tengahnya ada kunci kesedaran.
- Ruku' melambangkan kelemahan haiwani kita.
- Bangkit bertama'ninah melambangkan pengembalian kemanusiaan.
- Bersujud melambangkan kesyukuran (menurut Hujjatul Islam, Syeikh Ahmad Deedat, ianya melambangkan keTinggian Darjat Allah SWT).
- Duduk antara dua sujud melambangkan Kebangkitan dan Hari Pengadilan.
- Memberi salam menjadi simbolik kehilangan kita tempat bergantung kita di sana nanti. Di kiri dan kanan tiada sesiapa melainkan diri kita.
Selain itu, solat juga menjadi seakan cop mohor/stempel/kad identiti seseorang Muslim. Menurut hadith dari Jabir bin Abdullah (r.a), hasil riwayat Imam Ahmad dan Muslim, tanpa mengerjakan solat (dengan tiada ke`uzuran) seseorang itu jatuh kafir. Meskipun para `ulama mentafsirkan bahawa hadith itu hanya untuk mereka yang mengingkari kewajipan solat, Ibnu Mubarak, Abdullah bin Mas`ud (r.a) dan Para Sahabat (r.a) tetap berpendapat bahawa meninggalkan solat fardhu itu membatalkan keIslaman. Wallahu`alam.
Dan kepentingan terakhir solat adalah untuk mensucikan diri. Terdapat banyak penyucian berlaku sepanjang proses solati itu berlaku. Ini dibuktikan dalam Surahtul A`laa, ayat 14 dan 15. Antara contoh penyucian itu ialah:
- Wudhu' menyucikan diri secara lahiriah.
- Penetapan pada satu kiblah menyucikan diri dari keegoan. Mukmin yang sejati tidak akan bertanya kenapa Ka`bah dan bukan Baitul Maqdis, sebaliknya dia akan patuh dengan rasa rendah hati dan berserah terhadap penetapan itu.
- Pembacaan ayat-ayat Al-Qur`an di dalamnya mmenyucikan fikiran dan jiwa dari perkara-perkara buruk dan zalim. Atas alasan inilah, Rasulullah SAAS pernah memberikan jaminan tidak akan melakukan kemungkaran seseorang itu, jika solat dilaksanakan dengan sempurnanya.
- Penyucian diri melalui solat fardhu lima kali sehari diumpamakan sebagai mandi lima kali sehari.
Saturday, October 1, 2011
Religious Bias
Nice instance for religious bias: a boy in USA saw a dog, attacking a girlHe kicked the dog and it died.
News: "Local Hero Saved Girl From Canine Assault"
Boy: I'm not American.
Report changed: "Foreign Hero Saved Girl From Dog"
Boy: Actually I'm a Muslim, from Pakistan.
Breaking News: "Muslim-Pakistani Terrorist Killed Innocent Dog During Its Playtime A Girl"
[P/S: From a friend, and rather true]
Tuesday, September 20, 2011
Fana
Setelah seharian sibuk bekerja, dari pagi ke malam sehingga kadangkala melupakan kewajiban, tutuplah mata anda dan bayangkan segala apa yang anda miliki dan setiap manusia yang berdiri di sisi anda sekarang. Bayangkan kilasan wajah mereka satu-persatu yang senyum dan yang bersedih, dan sebilangan yang punya ekspresi seakan mengharap anda datang kepada mereka, memberi pertolongan. Setelah kaulakukan itu, bayangkan satu demi satu khayalan tadi lenyap dari penglihatan dan terhumban ke dalam suatu kegelapan. Satu demi satu, semuanya hilang jauh dari anda, bahkan pakaian yang anda pakai terlucut dan turut sirna. Cahaya yang memancar dari arah atas semakin kelam dan akhirnya padam. Dalam keadaan fitrah, anda kini sendiri.
Saat itu anda dalam kegelapan dan mungkin menangis. Menjerit, “Ibu! Ibu!!!” atau “Ayah!!! Ayahhh!!!!!”, meminta belas mereka yang tersebut untuk diselamatkan dari siksaan tidak berdarah itu. Kepala dipusingkan kesana-kemari mencari arah cahaya agar dapatlah melangkah keluar dari dunia tanpa apa-apa itu. Sahutan manusia yang anda harapkan, tiada.
Kawan, perkara ini akan berlaku suatu hari nanti, di mana tiada siapa- bahkan insan yang melahirkan kitapun- yang mampu membantu. Hari di mana kita dengan diri-sendiri serta tanggungjawab yang telah kita ikrar akan laksanakan sewaktu berada di rahim ibu dahulu. Hari kita berpisah untuk selamanya dari apa yang kita sayang. Hari perpisahan yang kita tiada punya masa untuk mengucap selamat tinggal kepada insan-insan yang kita kenali di dunia ini.
Ketika itu, yang dipikul di bahu cumalah amalan dan dosa. Harta yang dibanggakan tidak mampu membayar jalan keluar dari kegelapan itu. Kereta yang serba mewah hanya mampu mengenderai dunia, sedangkan akhirat ia tiada makna. Rumah yang dahulunya memberikan kedinginan dan kehangatan pada masa yang sama turut punah fana. Kawan-kawan... kawan-kawan yang selalu berhibur bersama tiada di sisi, kerana mereka juga sedang menghidupi dunia kegelapan itu. Gelak ketawa mereka dan gelagat pelbagai tiada lagi untuk memberikan selengkung senyum pada wajah kita.
Dan hanya pada Allah sahaja penyelesaiannya. Kembalilah kepadaNya, tinggalkan semua kemewahan dunia yang kita akan tinggalkan, mungkin sebentar sahaja lagi. Tunduklah pada kekuasaanNya dan peraturan yang Dia sudah utarakan. Menangislah depan Dia dengan ketidaksanggupan kita untuk meninggalkan segala ini.
Berdoalah kepadaNya.
Saturday, September 17, 2011
Dunia
[...] Ajarkanlah kata-kata Allah dalam Kitab suciNya dan perilaku Islami yang baik kepada anak-anakmu Pastikanlah mereka mampu melaksanakan apa yang kamu ajarkan kepada mereka. Lakukanlah hal ini tanpa mengharapkan balasan apapun dari mereka. Sejak kecil, ajari mereka untuk dalam menghadapi kesulitan, untuk bersabar dan berfikir. Jangan letakkan cinta dunia di dalam hati mereka. Asuh mereka untuk tidak mencintai apapun di dunia ini yang bakal menjadikan mereka sombong seperti kemewahan baju-baju indah, makanan yang lazat-lazat serta impakdan kesan dari cita-cita dan keinginan. Sebab, jika semua ini senantiasa diperolehi, mereka akan dikurangkan daripada kebaikanyang merupakan hak mereka di akhirat. Jangan biarkan mereka terbiasa dengan barang-barang yang mewah, hentikanlah kebiasaan mereka ini. Berhati-hatilah agar hal ini, yang kelihatannya keras, tidak pula menimbulkan watak kikir dalam dirimu terhadap anak-anakmu Lakukanlah ini dengan memerhatikan dan mengikuti aturan agamamu [...]
-dipetik dari penulisan Ibnu `Arabi, ‘Jalan Selamat Menuju Allah’, mukasurat 16.
Tuesday, August 23, 2011
Atheism Failure: Crime
"The unfairness of atheism can be shown when we are to talk about crime. Crime--as we know--happens because of the social pressure, as well as the evermore demanding world. People do almost everything to fulfill their timid needs, even to the extend of damaging others..."
['Where Is God', by J. Janousse]
Tuesday, August 16, 2011
Laa Tahzan, Husnuzhon Wa Aamanubillah
Salaam.
Saudara... renungkanlah.
Perdebatan kasih sayang Tuhan yang mutlak antara agama (Islam vs Kristian) malahan antarsekte dalam Islam itu sendiri tidak pernah berhenti. Pelbagai ijtihad dikeluarkan wabar bagi agama/sekte masing-masing dalam memahami maksud sebenar kasih sayang Tuhan. Kristian berpegang pada prinsip 'agape' dan 'unconditional love', manakala Islam berpegang kepada kasih-sayang melalui panduan. Kasih sayang Tuhan dalam Islam bergantung kepada ketaatan yang ditumpahkan kepada Kitabullah. Terdapat ratusan ayat menggagaskan idea bahawa kasih sayang Tuhan itu boleh bertambah dan berkurang.
Namun, pada pandangan penulis sendiri, kasih sayang Tuhan itu ada dua, yakni; kasih sayang kepada manusia seperti rezeki, jodoh, peluang masuk syurga dan setentu dengannya; serta kasih sayang terhadap manusia yang taat. Kasih sayang ini boleh diperolehi melalui ketaatan terhadapNya. Bersikap umum, adalah lebih baik untuk diperhatikan petikan ringkas di bawah;
"Engkau minta sekuntum bunga, lalu Allah SWT memberimu sebatang kayu reput.. engkau buangnya ke luar jendela, dan tidak mempedulikan kayu lapuk itu, dan menjalani hidup seperti biasa. Namun apabila dibuka jendela keesokan harinya, sebuah taman bunga terbentang indah di tempat yang sama kamu membuang kayu tadi"
Rahmat Allah, saudara-saudari sekalian berfungsi dengan cara yang paling tidak masuk akal. Tidak masuk akal di sini bukanlah yang bersifat negatif, malah positif. Bernafas contohnya; adakah ditarikNya nikmat ini dari manusia yang lalai, manusia yang degil untuk sujud dan tegar pada ingkar? Tidak!
Kenapa, kamu tanya. Kenapa Allah SWT memberi kita peluang untuk hidup hari ini dan kelmarin? Imam Ghazali r.a mengetengahkan jawaban yang ringkas dan sangat berkesan kepada hati yang benar-benar memahami hakikat menjadi hamba, dengan berkata, "Kerana dosa yang banyak, diberiNya kita hari ini untuk bertaubat (demi memperbetulkan kesilapan itu)". Nabi Muhammad SAWS sendiri bersabda, hasil riwayat Abu Hurairah, "Setiap anak Adam akan melakukan kesalahan. Dan yang terbaik dalam kalangan pelaku dosa itu adalah, mereka yang mengaku kesilapan mereka dan merubahnya".
Abu Dzar pernah mendatangi Baginda lantas menceritakan perihal dosa yang dia lakukan. Lalu Baginda menyuruhnya bertaubat. Kemudian, Abu Dzar datang lagi, mengekspresikan kekesalannya melakukan dosa yang sama, dan seperti sebelumnya, Baginda menyuruhnya bertaubat. Kemudian, Abu Dzar melakukan lagi dosa sebelumnya, ddan Baginda masih tetap menyuruhnya bertaubat. Begitulah sehingga kali keempat Abu Dzar datang. Kali ini, dia betul-betul dalam keadaan kesal. Baginda memujuknya, dan berkata, "Wahai Abu Dzar, ketahuilah; sebesar manapun dosa yang kamu lakukan, besar lagi Rahmat Allah SWT ke atasmu"
Monday, August 15, 2011
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun
2. Bacalah Al-Qur`an, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab Fushah kerana Bahasa Arab yang betulitu adalah syi`ar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah SWT sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyraing dari kdar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengancam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa=apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenallah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan kita lebih banyak dari masa yang kita ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Sunday, August 14, 2011
Beautiful Teachings of Prophet (SAAS):
A traveler once came to the mosque to see Prophet Muhammad (pbuh). After greeting the Prophet (pbuh), he was asked where he was from. The traveler said that he came from very far just to get a few questions answered. Following it the dialoges between the traveler dan Prophet Muhammad (pbuh);
Traveler: I do not want punishment (Azaab) to be written in my account.
Prophet Mohammad (pbuh): Behave well with your parents.
Traveler: I want to be known amongst people as an intelligent person.
Prophet Mohammad (pbuh): Fear Allah (SWT) always.
Traveler: I want to be counted amongst Allah's (SWT) favorites.
Prophet Mohammad (pbuh): Recite Noble Qur'an every morning and evening.
Traveler: I want my heart to always be enlightened (Roshan and Munawar).
Prophet Mohammad (pbuh): Never forget death.
Traveler: I never want to be away from Allah's (SWT) blessing.
Prophet Mohammad (pbuh): Always treat fellow creatures well.
Traveler: I never want to be harmed by my enemies.
Prophet Mohammad (pbuh): Always have faith in Allah (SWT) only.
Traveler: I never want to be humiliated.
Prophet Mohammad (pbuh): Be careful of your actions.
Traveler: I wish to live long.
Prophet Mohammad (pbuh): Always do good towards blood relations (Sile Rahm).
Traveler: I want my sustenance to increase.
Prophet Mohammad (pbuh): Always be in ablution (Wudu).
Traveler: I wish to stay free of punishment (Azaab) in the grave.
Prophet Mohammad (pbuh): Always wear pure (Paak) clothes.
Traveler: I never want to burn in hell.
Prophet Mohammad (pbuh): Control your eyes and tongue.
Traveler: How do I get my sins forgiven?
Prophet Mohammad (pbuh): Always ask forgiveness from Allah (SWT) with a lot of humility.
Traveler: I want people to respect me always.
Prophet Mohammad (pbuh): Never extend your hands of need at people.
Traveler: I want to always be honored.
Prophet Mohammad (pbuh): Never humiliate or put down anyone.
Traveler: I don't want to be squeezed in the grave (Fishar-e-Qabr).
Prophet Mohammad (pbuh): Recite Sura-e-Mulk often.
Traveler: I want my wealth to increase.
Prophet Mohammad (pbuh): Recite Sura-e-Waqia every night.
Traveler: I want to be safe and at peace on Day of Judgment.
Prophet Mohammad (pbuh): Do remembrance (Zikr) of Allah (SWT) from dusk to night.
Traveler: I want to be in full attention and concentration during prayer (Namaaz).
Prophet Mohammad (pbuh): Always do ablution (Wudu) with concentration and attention.
[Written by 'Worship None but One'. Sunday, August 14 2011at 5.52 AM]
Saturday, August 13, 2011
Lidah
Ada lima perkara yang membatalkan pahala puasa, yang jika dilakukan puasa akan sia-sia, hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Dari Anas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Lima perkara yang menghapuskan puasa (membatalkan pahala puasa) iaitu dusta, mengumpat, menghasut (memecah belah), membuat sumpah palsu dan melihat wanita yang bukan mahram dengan syahwat."
Dari lima perkara itu, empat darinya berkaitan lisan atau percakapan, iaitu dusta, mengumpat, menghasut dan bersumpah palsu. Perkara ini amat mudah berlaku setiap masa dan tempat.
Kerana itu jagalah lisan dan percakapan kita sepanjang Ramadhan ini, agar ia berterusan penjagaannya sepanjang tahun.
Mulut dan Lidah dengan fungsinya sebagai alat pertuturan adalah antara anggota yang liar dan merbahaya. Jika tidak dikawal sewajarnya, mulut dan lidah boleh mendatangkan fitnah, permusuhan dan kecelakaan.
Hakikat ini telah disedari oleh para bijak pandai nenek-moyang kita dulu. Mereka memperkatakannya dalam bentuk bahasa yang indah (peribahasa).
Antara peribahasa yang berkenaan ialah: "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya" dan "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa".
Banyak hadis memberi amaran tentang bahaya lisan
Diriwayatkan, Abu Sufyan bin 'Abdullah as-Saqafi telah bertanya kepada Rasulullah, "Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?". Rasulullah menunjukkan lidah baginda dan bersabda, "Inilah".
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, akan banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, akan banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Nuaim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". [Riwayat at-Tirmizi]
Antara madah ulama pula ialah:
"Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu" [Ibnu al-Mubarak]
"Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematahkan gigimu" [Imam Sufyan al-Tsauri].
"Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap."
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia BERKATA BAIK atau dia DIAM."
[Hadis dari Abu Hurairah r.a., direkod al-Bukhari dan Muslim]
Di dalam hadis ini menyebut dua perkara, BERKATA BAIK atau DIAM. Rasulullah menyebut berkata baik lebih dahulu dari diam, ertinya berkata yang baik (termasuk menasihati atau menegur masyarakat, pemimpin atau pemerintah) itu lebih utama.
Jika tidak mampu berkata baik, maka lebih baik diam. Jika dalam menasihati orang lain, tapi tidak mampu menasihati dengan baik, tidak boleh kawal emosi, kekurangan ilmu, maka terlebih baik bagi orang itu ialah diam. Serahkan kepada orang yang mampu berkata baik dalam menasihati.
Ingatlah, menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.
Lidah itu menjadi begitu merbahaya kerana disalahgunakan. Tetapi sekiranya digunakan sebaik-baiknya, lidah akan mendatangkan kebajikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Penggunaan lidah secara betul dan dituntut ialah untuk:
~ berzikir dan membaca al-Quran,
~ menyampaikan ilmu, nasihat dan dakwah - amar makruf dan nahi mungkar.
~ berdoa kepada Allah Taala.
~ berkomunikasi dengan sesama manusia dalam hal yang diredhai, tidak dimurkai Allah.
Perlu diingat, dalam menggunakan percakapan yang baik itu, hakikatnya, "Berkata tentang yang baik mudah. Membuat perkara yang baik susah. Yang paling susah berikhlas di dalam membuat perkara yang baik."
Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah:
~ berdusta, (gurauan), atau membuat janji palsu.
Rasulullah ﷺ bersabda, maksudnya : "Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianati".
~ mengumpat, memfitnahkan orang, menghasut atau menjadi "batu api".
Rasulullah ﷺ bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya".
Orang yang mengumpat itu bagaikan melontarkan segala kebajikan ke timur ke barat dan ke kiri ke kanan, yakni dia menghantar kebajikannya kepada orang yang diumpatnya. Maka itu, Ibnu al-Mubarak berkata, "Jikalau aku ingin mengumpat, tentu aku akan mengumpat ibuku sendiri, kerana dialah yang terlebih berhak mendapat kebajikan daripadaku".
Rasulullah ﷺ bersabda: "Sewaktu aku berjalan pada malam israk, aku lihat beberapa puak penghuni neraka sedang makan bangkai. Menjawab pertanyaanku, Jibril berkata, "Mereka itu ialah orang-orang yang suka makan daging manusia di dunia'" (Orang-orang yang mengumpat).
Kepada Mu'az bin Jabal, Rasulullah pernah bersabda: "Putuskan lidahmu daripada mengumpat ahli al-Quran, penuntut ilmu, dan jangan engkau koyak-koyakkan daging manusia dengan lidahmu, nanti akan dikoyak-koyakkan dagingmu oleh anjing neraka".
~ mencacatkan cakap orang, membenarkan cakap sendiri dan berbantahan.
~ memuji diri.
Allah Taala berfirman, mafhumnya: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui orang yang bertaqwa." [al-Najm: 32]
~ mengutuk dan memaki makhluk.
~ mendoakan kejahatan untuk manusia.
~ mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu (lawak yang tidak benar), sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan orang.
Semua yang berkaitan dengan amalan lidah yang tersebut dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus (mubah)" yang tidak berfaedah ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, sekurang-kurangnya merugikan masa dan mengikut ulama, akan memanjangkan hisab di akhirat kelak, sebagaimana yang dimaksudkan dalam syair berikut:
"Jauhilah daripada kata-kata berlebihan, kerana hisabnya nanti berpanjangan."
Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa dhaif (lemah atau malas) beribadat dan sukar mendapat rezeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu".
Menurut Imam al-Ghazali, kata-kata yang harus dan tidak berfaedah itu akan meimbulkan empat kesan negatif:
Pertama, menyibukkan malaikat mencatat kata-kata yang sia-sia itu. Sayugianya, seseorang itu malu dan tidak menyusahkan malaikat itu. Allah berfirman : "Ingatlah ketika mencatat dua malaikat pencatat amal, satu di kanan dan satu lagi di kiri dalam keadaan duduk. Tiada satu kata pun yang diucapkan (oleh seseorang) melainkan di sisinya ada (dua) malaikat pengawas yang sedia hadir" (Qaaf, 50: 17-18).
Kedua, kitab (buku catatan kedua-dua malaikat tersebut) akan dipersembahkan ke hadrat Allah Taala. Oleh itu, seseorang hamba Allah hendaklah takut kepada Allah dan berhati-hati supaya di dalam kitab itu tidak tercatat kata-kata yang sia-sia.
Diriwayatkan, seorang alim bertemu dengan seorang yang sedang mengeluarkan kata-kata yang keji dan tidak berfaedah. Lalu katanya kepada orang itu, "Amat malang bagimu! Engkau memenuhi kitab yang akan dipersembahkan ke hadrat Allah. Fikirlah sendiri, dengan apa engkau penuhi kitab itu!"
Ketiga, kitab itu akan dibacakan pada hari kiamat di hadrat Allah Malikul-Jabbar dalam perhimpunan paling agung segala manusia di padang Mahsyar pada hari kiamat.
Keempat, hamba Allah yang berkenaan akan mendapat cercaan dan penghinaan kerana kandungan kitabnya penuh dengan kata-kata yang sia-sia itu. Tiada lagi hujah baginya untuk membela diri.
Marilah kita mempersiapkan diri dalam menghadapi Ramadhan yang bakal tiba, agar dapat bermujahadah mengawal pertuturan dari yang haram dan sia-sia. Moga amalan kita sepanjang Ramadhan khususnya puasa akan diterima Allah sebagai amal soleh.
Ingatlah pesanan Rasulullah ﷺ:
كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
"Berapa ramai orang puasa hanya mendapatkan lapar; dan berapa banyak orang yang mendirikan ibadah di malam hari, hanya mendapatkan penat saja." [HR. Ahmad]
Nota ini hasil dari status Mohd Fadli Yusof http://www.facebook.com/mfadli11/posts/2322261055616
محمد فضلي بن يوسف
25 Syaaban 1432H
27 Julai 2011
Tuesday, August 9, 2011
How Biogenesis Defines The Existence of a Creator II
After a brief discussion about amino acid's chirality, I would like to go deeper into the matter of refuting atheists' statementwhich says, "We are but chemicalaccidentalism". I will try to use the simplest explanation possible to explain this biogenesis conundrum.
The Replication of DNA & Its Constitutions
We do learn in biology that DNAs have the ability to replicate themselves into two. Replication is one of the most important process in DNA mutation and evolution (others: deletion, translocation, addition, etc.). In Darwinism, mutation is important in keeping the evolution's pace to be always on the go.
The process of DNA replication is undoubtedly significant in both, life and atheism's survival. It answers the questions about how cells merge into something new, about how organisms continue their species' life and about from where extra DNA came from in the cells' division. In accepting this kind of dogma, scientists are putting their disbelief in God in a verge of destruction.
Eukaryote is a cell of which, its nucleus has DNA strands in it. These DNAs consist of two polymeric strands that will be separated by helicase enzyme during the DNA replication process. Each strand will then become DNA strand's template, and with the help of DNA polymerase III, it will be copied and replace each strands' former strand pair. Thus, two new DNAs are formed.
The Big Question
The thirty-two thousand dollar question suddenly emerged out of this short explanation; which came first in the earliest abiogenesis process: the DNA, of the polymerase? (note: apply your knowledge of chirality in here. It will help).
If DNA existed first, then how can it be replicated with the absence of polymerase III? Note that DNA replication is not just important in cell's reproduction, it is also quintessential in repairing DNA and revolving it into something more complex. Without polymerase III, the DNA would have dissolved in the high acidity/salinity of the primordial soup and extremely high oxidation level. No life should exist, then.
And if, polymerase III existed first, what use would it had? We have to remember that the sole function of polymerase III-in this case-is to aid DNA on its way to be more complex, organized, multitude and has more quality. Sadly, the existence of role would have not bring any value if the DNA did no exist.
Resolution
The only way to solve this riddle is to BELIEVE that both appeared accidentally, simultaneously; at the very same time, in the very same pond of amino acids. This would be an unbelievable chance or should I say, luck to ever imagine this to happen; let alone imagining how 300 million years later, more than ten million species sprung out of it.
Well, this is after I ignored the difficulty of chirality in DNAs and the DNA repairing predicament (which has similar case to this). Try to put them in the picture, and you will get something called as
the Creator.
Wassalam; wallahu`alam fissawab.
the Creator.
Wassalam; wallahu`alam fissawab.
Monday, August 8, 2011
Pengorbanan
"...mengorbankan segala harta yang beliau usahakan seumur hidupnya, lataran keyakinan kepada janji Allah SWT.."
Sang khatib mengelap air matanya. Sirah sahabat yang baharu saja tadi dia bacakan di depan ratusan jemaah, benar-benar menyentuh imannya. Air mata yang bergenang sejak dari tadi disapu dengan hujung jubah. Kekuatan diraih, khutbah mesti diteruskan. Para jemaah pun, ada yang mengesat air mata; turut berasa sedih dengan kisah yang baru sahaja dibacakan oleh si khatib.
Khatib berdiri.
"..inilah buktinya para Salafus Soleh yang apabila membaca Al-Qur'an, merasakan seolah-olah Allah bercakap dengan mereka. Maka menitislah air mata mereka, merasa sedih dengan segala kesilapan yang telah mereka lakukan.." Air mata beliau menitik lagi. Nafas turun naik, dadanya berombak. Seakan mahu lari sahaja beliau dari mimbar itu dan terus bersujud kepada Allah SWT. Jiwanya semakin hebat dihambat rasa rindu kepada Tuhan dan kepada Para Sahabat. Si khatib ini mengelap air matanya untuk kesekian kalinya dan terus menyambung bacaan khutbah. Tulisan pada teks khutbah dilihatnya semakin kabur, tatkala air mata tidak jenuh mengempang.
==============================================================
Adakah anda sanggup mengorbankan seluruh harta dan perkara yang anda usahakan selama berpuluh tahun lamanya kepada Allah SWT dalam sekelip mata? Beringatlah...
Sang khatib mengelap air matanya. Sirah sahabat yang baharu saja tadi dia bacakan di depan ratusan jemaah, benar-benar menyentuh imannya. Air mata yang bergenang sejak dari tadi disapu dengan hujung jubah. Kekuatan diraih, khutbah mesti diteruskan. Para jemaah pun, ada yang mengesat air mata; turut berasa sedih dengan kisah yang baru sahaja dibacakan oleh si khatib.
Khatib berdiri.
"..inilah buktinya para Salafus Soleh yang apabila membaca Al-Qur'an, merasakan seolah-olah Allah bercakap dengan mereka. Maka menitislah air mata mereka, merasa sedih dengan segala kesilapan yang telah mereka lakukan.." Air mata beliau menitik lagi. Nafas turun naik, dadanya berombak. Seakan mahu lari sahaja beliau dari mimbar itu dan terus bersujud kepada Allah SWT. Jiwanya semakin hebat dihambat rasa rindu kepada Tuhan dan kepada Para Sahabat. Si khatib ini mengelap air matanya untuk kesekian kalinya dan terus menyambung bacaan khutbah. Tulisan pada teks khutbah dilihatnya semakin kabur, tatkala air mata tidak jenuh mengempang.
==============================================================
Diberitakan dari Riwayat Tabari bahawa suatu hari, seorang sahabat sedang khusyuk bertadarus Al-Qur'an di dalam kebun kurmanya. Namanya Abu Darda'. Sehinggalah beliau sampai pada Surahtul Hadid, ayat 11:
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah SWT, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya? Dan mereka akan beroleh pahala yang besar!"
Abu Darda' berasa hairan dan kebingungan. Masakan Allah SWT yang Maha Kaya itu meminta pinjaman daripada ciptaanNya sendiri? Maka, bergegas beliau kepada Rasulullah SAWS demi menjawab persoalan akidah itu. Abu Darda' bertanya;
"Ya Rasulullah, apakah Allah memerlukan pinjaman sedangkan Dialah Pemilik langit dan bumi?". Maka jawab Baginda Nabi SAW dengan penuh hikmah;
"Ya, Dia melakukan sedemikian agar diberikanNya kepada ganjaran yang berlipat kali ganda kepadaMu". Abu Darda' r.a sebak lalu bersumpah di hadapan Rasulullah SAW;
"Ya Rasul Allah, aku mempunyai sebidang kebun yang di dalamnya ada enam puluh batang kurma di tengah kota Madinah ini. Maka aku bersumpah memberikan segala yang aku ada itu kepada jalan Allah!"
Adakah anda sanggup mengorbankan seluruh harta dan perkara yang anda usahakan selama berpuluh tahun lamanya kepada Allah SWT dalam sekelip mata? Beringatlah...
Saturday, June 4, 2011
Maksud Hidup
Bismillahir Rahmanir Rahiim..
Kejadian manusia ini pada zahirnya sangat sempurna. Telinga yang sentiasa selaras dengan imbangan serta geraktubuh, serta lidah yang sentiasa berintegrasi dengan reseptor bau untuk menterjemah rasa sesuatu makanan; bohonglah jika anda tidak melihat keajaiban ini. Satu hal dengan kepelikan ini adalah bagaimana aturan atom mampu menghasilkan sesuatu seperti ini.
Sains memang sangat berguna, praktikal dan nyata. Namun dalam kes-kes falsafah tertentu, sains sangat lemah untuk terus memberdirikan manusia yang berpegang teguh kepadanya. Terdapat dua soalan yang ia tidak mampu jawab. Pertama, masalah filasafat "dari tiada ke ada" dan masalah "dari mati ke hidup". Dua persoalan ini, pada asasnya tidak ada solusi dalam sains. Buktikan kalau ada.
Berbalik kepada isu kesempurnaan manusia. Dalam Surah At-Tiin ayat ke-4, Tuhan telah berfirman: Laqad khalaqnal insaana fi ahsani taqwiim; bermaksud, telah kami sempurnakan penciptaan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Ini adalah apa yang Pencipta kita sendiri katakan!
Untuk memendekkan cerita; kejadian kita serta kehidupan kita ini--pada mata Sang Pencipta--sangat agung, sangat bermakna. Tidak mungkin hidup yang begitu bernilai ini tersia-sia dengan kematian sahaja, seperti apa yang dicanang golongan nihilis. Saya menolak kenyataan bahawa permulaan manusia sama dengan pengakhirannya yang tidak bermakna; kematian. Pasti ada kehidupan selepas itu, ini yang hati saya bisikkan. Hayatilah Surah Al Waqiaah, ayat 57: Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
Saya dahulunya adalah seorang manusia yang dahaga dengan maksud hidup. Alhamdulillah, Tuhan memilih saya untuk terlibat dalam satu kemalangan kira-kira enam tahun yang lalu. Dari situ, saya mula menghargai betapa berharganya hidup dan dari situ, saya berazam mencari maksud hidup. Perjuangan selama hampir tiga tahun tidak membuahkan apa-apa. Saya terus hidup dalam gelumang dosa, meskipun kesedaran itu bercambah sedikit. saya teruskan hidup dalam kejahilan sehinggalah saya membaca Surah Al Mulk dan Surah At Takwiir. Sehinggalah saya dipertontonkan dengan sebuah tayangan video pembantaian manusia di sana-sini. Pendedahan daripada rakan-rakan juga sangatlah membantu saya berubah.
Dari kesemua pengalaman kolektif itu, saya bertatih melawan arus nikmat dunia. Bukan mudah, tetapi bukan juga mustahil: ini yang saya pegang. Tika saya kaku dan membatu pada persoalan hidup, saya gagahi diri untuk menyelak Al-Qur'an. Jujur; saya mulai lancar membaca Al-Qur'an ketika berumur enam belas tahun. Malu? Memang malu.. tetapi untuk kepentingan sendiri; saya betul-betul ketandusan makna ketika itu.
Tidaklah bermakna berubah seratus-peratus. Sukar sebenarnya untuk berhijrah dalam waktu singkat. Sayapun sehingga ke hari ini, masih menyimpan beberapa sikap buruk yang sama ketika saya masih jahil dahulu. Tabiat yang sudah menjadi daging. Tapi jangan jadikan pula ini sebagai alasan. Saya mencadangkan; lawan selagi berdaya, jangan biarkan diri dikuasai perasaan dan keinginan yang tidak-tidak.
Jika kita perhatikan dengan teliti, hidup ini sangat 'kosong' bila diisi dengan kepentingan materii semata. Umpama tin kosong; mudah kemik dan guyah strukturnya. Hidup perlu diisi dengan air ruhani. Air inilah yang menyuburkan jiwa dan minda, menjemput ketenangan untuk bertandang kepada kita. Sebab itulah selalu dilihat manusia yang jauh lebih miskin daripada kita masih mampu tersenyum.
Persoalannya: bagaimana kita menggunakan masa singkat ini sebaik-baiknya? Adakah cukup dengan hidup dan menjadi tua, lalu mati dan disumbat ke liang lahad? Adakah cukup dengan bekerja seharian, meraih wang yang sudah tentu tidak mampu menampung tiket ke syurga? Adakah cukup dengan berbuat baik kepada manusia sedangkan hak Pencipta kita endahkan? Adakah bisa jasa pada negara menampung beban dosa di atas ketipisan Titian As-Siraat? Fikirkan sendiri.. saya tinggalkan pembaca dengan persoalan ini.
Selamat beramal. .u_u.
Sunday, May 15, 2011
Antara Prejudisme, Pareidolia & Pelan Terancang
Bismillahir Rahmanir Rahiim
Apa pendapat anda? Adakah sekadar kebetulan yang repetitif, atau suatu wahana penghinaan? Penulis tidak berani mengatakan mereka sengaja, kerana perbuatan itu mampu menyebabkan keruntuhan sokongan di negara Islam. Tetapi dua kali pandang, dengan mengambil kira sentimen majoriti dunia yang anti-Islam atau Islamofobia--penulis tidak juga menolak kemungkinannya.
Kita bermohon kepada Allah SWT, Al Kabir--agar diberikan petunjuk bagi mencari resolusi sebenar perihal ini. Sebelum itu, adalah lebih baik untuk kita seboleh-bolehnya menolak untuk membeli produk pro-Zionis ini. Bukan berfikiran pesimis, tetapi ia melibatkan akidah. Bagi Islam; perihal akidah adalah suatu yang tidak patut dipermain-mainkan.
::Wallahu`alam::
Saturday, May 14, 2011
Semuanya Akan Pulang
Bismillahir Rahmanir Rahiim
Sekadar berkongsi sebuah cerita hasil tangan penulis sendiri. Maafkan andai ada kesilapan dan interpretasi dan penggunaan istilah/keadaan. Sememangnya penulis hanyalah hamba yang lemah..
Selain itu, jangan menganggap peraturan sebagai tembok pemisah antara kita dengan dunia luar. Dunia yang Islam sediakan sudah cukup indah, cukup sempurna. Ingatlah, undang-undang Allah SWT adalah pelindung daripada anasir-anasir zalim yang akan sentiasa mencuba untuk memusnahkan kita, bukan tembok penghalang kebebasan.
"Orang yang takut [kepada Allah] akan mendapat pelajaran, orang-orang yang celaka [kafir] akan menjauhinya. [Yaitu] orang yang akan memasuki api yang besar [neraka]. Kemudian dia tidak mati di dalamnya dan tidak [pula] hidup. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri [dengan beriman], dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia sembahyang. Tetapi kamu [orang-orang kafir] memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal."
Surahtul A'laa, ayat 10-17Wallahu`alam fi tsawwab. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)










