Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Europeans' Wonder Upon Him (SAAS)

"The greatest success of Mohammad’s life was effected by sheer moral force."“It is not the propagation but the permanency of his religion that deserves our wonder, the same pure and perfect impression which he engraved at Mecca and Medina is preserved after the revolutions of twelve centuries by the Indian, the African and the Turkish proselytes of the Koran...The Mahometans have uniformly withstood the temptation of reducing the object of their faith and devotion to a level with the senses and imagination of man. ‘I believe in One God and Mahomet the Apostle of God’ is the simple and invariable profession of Islam. The intellectual image of the Deity has never been degraded by any visible idol; the honors of the prophet have never transgressed the measure of human virtue, and his living precepts have restrained the gratitude of his disciples within the bounds of reason and religion.” 
-Edward Gibbon and Simon Oakley in ‘History of the Saracen Empire,’ London, 1870.

"The lies (Western slander) which well-meaning zeal has heaped round this man (Muhammad) are disgraceful to ourselves only.""A silent great soul, one of that who cannot but be earnest. He was to kindle the world, the world’s Maker had ordered so." 
-Thomas Carlyle in 'Heroes and Hero Worship and the Heroic in History' 1840.

Friday, August 26, 2011

Kita Berdamai, Boleh?

Salaam.

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat suatu gelombang Islamofobia yang terserak ke seluru dunia, yang menakut-nakutkan manusia dari agama lain untuk mempelajari Islam. Pandangan serong terhadap Islam menjadi semakin jelas apabila siri demi siri  keganasan yang dilakukan oleh radikalis Islam. Namun, adakah adil untuk menghukum Islam sebagai agama keganasan sedangkan penganutnya yang bersalah? 

Penulis pernah mengikuti suatu bual bicara maya dengan beberapa orang mubaligh Kristian yang menyokong pernyataan Islam sebagai agama keganasan. Ternyata mereka mempunyai hujah yang lemah. Jikalaulah tindakan penganut menjadi justifikasi standard agama, maka apakah semua ini:
  1. 1. Raja Charlemagne (742-814Masihi): mewajibkan Saxonis untuk masuk Kristian dengan pedang
  1. 2. Raja Cnut (Denmark): Menghapuskan agama bukan Masihi dengan keganasan
  1. 3. Brother of the Swords (Prussia): Memaksa pemelukan Kristian dengan taktik "api dan pedang"
  1. 4. Ordo Fathrum Militante Christ (Livonia) : Mewajibkan pemelukan Kristian
  1. 5. Raja Olav Tragivson (Norwegia): Membunuh penolak Kristian; sebahagian dikera kaki dan tangan
  1. 6. Vladimir (Russia, 988 Masihi): Memaksa semua lapisan hierarki untuk memeluk Kristian
  1. 7. Bishops of the Ministers (Montenegro): Mengetuai pembantaian beramai-ramai bukan Kristian pada  Hari Krismas, 25 Disember 1703 Masihi
  1. 8. Raja Charles Robert (Hungary): Membuang wilayah mereka yang menolak Kristian
  1. 9. 6th Toli-toli Council (Sepanyol): Mengharamkan semua fahaman (sama Kristian atau tidak) yang berlawanan dengan Katolik. 
  1. 10 Gutanian I (Mesir, 527-565 Masihi): 200000 Kristian Yakob dibunuh oleh Ortodoks Mulkan di Iskandariah
  2. 11. Raja Said Ar`ad (1342-1370 Masihi): Menguatkuasakan undang-undang bunuh bagi mereka yang menolak Kristian
  1. 12. Saint Louis (1214-1270 Masihi): "Apabila engkau melihat seorang pejalan kaki dan kaudengari dia mengutuk Kristian, engkau mesti mempertahankan agamamu dengan pedangmu, dan selepas itu kautikam pejalan kaki tadi dengan pedang yang kauhunus.
Cukuplah dua belas di atas ini. Ada banyak lagi perkara pemaksaan doktrin yang dilakukan pihak Gereja terhadap orang awam di seluruh dunia. Begitupun, umat Islam tidak pernah berkata, "Serangan ini adalah serangan atas dasar agama mahupun politik". Untuk berlaku adil, ada baiknya kita memahamkan betul-betul ayat 6 dalam surah ke-109 yakni Surahtul Kafiruun:, "Bagimu agamamu, dan bagiku agamaku".

Monday, August 8, 2011

Pengorbanan

"...mengorbankan segala harta yang beliau usahakan seumur hidupnya, lataran keyakinan kepada janji Allah SWT.." 

Sang khatib mengelap air matanya. Sirah sahabat yang baharu saja tadi dia bacakan di depan ratusan jemaah, benar-benar menyentuh imannya. Air mata yang bergenang sejak dari tadi disapu dengan hujung jubah. Kekuatan diraih, khutbah mesti diteruskan. Para jemaah pun, ada yang mengesat air mata; turut berasa sedih dengan kisah yang baru sahaja dibacakan oleh si khatib.

Khatib berdiri.

"..inilah buktinya para Salafus Soleh yang apabila membaca Al-Qur'an, merasakan seolah-olah Allah bercakap dengan mereka. Maka menitislah air mata mereka, merasa sedih dengan segala kesilapan yang telah mereka lakukan.." Air mata beliau menitik lagi. Nafas turun naik, dadanya berombak. Seakan mahu lari sahaja beliau dari mimbar itu dan terus bersujud kepada Allah SWT. Jiwanya semakin hebat dihambat rasa rindu kepada Tuhan dan kepada Para Sahabat. Si khatib ini mengelap air matanya untuk kesekian kalinya dan terus menyambung bacaan khutbah. Tulisan pada teks khutbah dilihatnya semakin kabur, tatkala air mata tidak jenuh mengempang.

==============================================================

Diberitakan dari Riwayat Tabari bahawa suatu hari, seorang sahabat sedang khusyuk bertadarus Al-Qur'an di dalam kebun kurmanya. Namanya Abu Darda'. Sehinggalah beliau sampai pada Surahtul Hadid, ayat 11:

"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah SWT, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya? Dan mereka akan beroleh pahala yang besar!"

Abu Darda' berasa hairan dan kebingungan. Masakan Allah SWT yang Maha Kaya itu meminta pinjaman daripada ciptaanNya sendiri? Maka, bergegas beliau kepada Rasulullah SAWS demi menjawab persoalan akidah itu. Abu Darda' bertanya;

"Ya Rasulullah, apakah Allah  memerlukan pinjaman sedangkan Dialah Pemilik langit dan bumi?". Maka jawab Baginda Nabi SAW dengan penuh hikmah;

"Ya, Dia melakukan sedemikian agar diberikanNya kepada ganjaran yang berlipat kali ganda kepadaMu". Abu Darda' r.a sebak lalu bersumpah di hadapan Rasulullah SAW;

"Ya Rasul Allah, aku mempunyai sebidang kebun yang di dalamnya ada enam puluh batang kurma di tengah kota Madinah ini. Maka aku bersumpah memberikan segala yang aku ada itu kepada jalan Allah!"

Adakah anda sanggup mengorbankan seluruh harta dan perkara yang anda usahakan selama berpuluh tahun lamanya kepada Allah SWT dalam sekelip mata? Beringatlah...

Tuesday, May 17, 2011

Perenialisme: Menjulang Kepalsuan Dengan Penyatuan

Bismillahir Rahmanir Rahiim..

Pendahuluan

Sebenarnya, nota ini telah lama tersimpan di dalam buku catitan penulis. Tekanan masa yang sangat sempat menghalang penulis untuk mengeposkannya, memandangkan ianya topik yang agak luas dan besar. Pemendekan akan dipertimbangkan, mengikut keperluan idea dan buah fikiran penulis.

Untuk entri kali ini; seperti topik di atas; kita akan mengupas serba-sedikit mengenai falsafah perenialisme. Jujur, penulis pernah tertipu dengan idea dan falsafah ini dahulu, atas penyelakan buku Dr Muhamad Imarah. Sebenarnya--perenialisme ini tidaklah segenapnya salah dan tidak pula seluruhnya betul. Ianya tidak melengkapi makna sebenar teologi Islamiyyah. Semoga Allah mengampuni khilaf penulis dulu.

Baiklah, kita kupas secara teliti, takut tersalah faham; memungkinkan wujudnya keraguan. Biarlah penulis sahaja yang pernah merasai betapa menyesalnya menganut fahaman ini.

Definisi Falsafah Perenialisme

Perkara pertama yang perlu kita bincangkan untuk memulakan pembedahan subjek adalah dengan melihat makna harfiah dan istilahiyyah subjek tadi. Pendefinisian falsafah perenialisme dari segi terminologi agak mudah untuk difahami. Saya hanya menitipkan takrif mengikut pemahaman saya. Sebelum itu, adakah lebih baik jika kita pecahkan frasa "filasafah perenial" ini kepada dua, iaitu "filasafah" dan "perenial".

'Philo' didefinisikan sebagai "pengetahuan", atau lebih kepada "hikmah" atau "kesedaran". 'Sophia' pula bermaksud "rasa cinta". Perenialisme dicedok dari perkataan  Yunani, 'perennis'  yang membawa makna "abadi", "tidak berubah" dan "tidak berpenghu
jung". Jika dicantumkan kesemuanya; "hikmah cinta abadi". Secara istilahiyyahnya, bermaksud: "cintakan hikmah kebenaran yang abadi".

Iktikad/Konsep Asas Perenialisme

Perenialis (penganut perenialisme) berpendapat bahawa semua agama memiliki satu Kebenaran Tunggal (sekarang kita singkatkan kepada KT). KT ini kemudia berasimilasi dengan budaya tempat ia didedahkan. Seperti contoh; jika KT ini diletakkan di Arab, maka menjadilah Islam. Jika diletakkan di China, jadilah Konfusionisme. Malangnya, konsep inilah yang menjadi kontradiksi buat para perenialis.

Jika benar KT beradaptasi; membentuk agama-agama baru berdasarkan budaya tempat ia didedahkan, maka itu jelas bertentangan dengan tamadun China yang memiliki kontradiksi falsafah antara Taoisme dan Konfusionisme. Begitu juga dengan di Iran; di mana Magi bersalahan dengan Zarasthura. Dan yang paling dekat contohnya adalah Islam dengan Kristian yang berasal daripada jazirah yang sama.

Selain itu, mereka percaya, semua agama akan membawa ke syurga. Agama menurut mereka hanyalah deskripsi atau jelmaan terhadap KT tadi. Pernyataan ini sekali lagi berlawanan dengan konflik yang kita hadapi sekarang. Jika semua agama berasal KT, maka kenapa berlaku kontradiksi--mengapa realiti tadi sepertinya berlawanan antara satu agama dengan agama yang lain?

Sayugia diingatkan bahawa semua/kebanyakan agama bukan sahaja berbeza dari segi eksternal seperti yang diperkatakan perenialis. Di dalamnya, semua agama mengajarkan ciri ketuhanan yang berbeza. Kenyataan ini sangat menyakitkan buat para perenialis dan meninggalkan luka yang amat besar kepada mereka.

Penulis memahamkan perenialis seperti suatu langkah ekuminisme; cuba untuk mendamaikan kontradiksi antara agama yang sememangnya tidak boleh disembuhkan lagi. Kontradiksi-kontradiksi ini sangat serius untuk dipulihkan kerana ianya telah menjadi identiti agama terbabit. Jika pertentangan ini bisa dipulihkan dan ekuminisme direalisasikan, maka identiti agama telah termusnah.

Frithjof Schuon dalam bukunya 'The Trascendental Unity of Religion' menyebutkan bahawa satu-satunya yang menyebabkan perbezaan dalam kalangan agama adalah faktor ekstenalisme. Perihal ini sudah direfutasikan pada penjelasan eksklusivisme setiap agama. Manusia seperti Frithjof sangat bergantung kepada analogi "sepuluh lelaki buta dan seekor gajah" karangan Jalaludin Rumi. Rumi tidak pernah mengajarkan perenialisme, kerana pada buku yang sama beliau menegaskan kepentingan hukum syariah. Syariah seperti yang kita tahu merupakan rupa eksternal Islam.

Kita mungkin juga perlu melihat dari sudut perenialis Barat seperti Edgar S. Brightman dalam bukunya 'New Thought: A Practical American Spirituality', mukasurat 89-92. Dalam mukasurat yang disebutkan, beliau menerangkan wujudnya darjah kebenaran yakni, gredasi realiti. Katanya, semua manusia dipenuhi dengan realiti yang suci; jiwa dan kesamarataannya.

Tambahnya lagi pada mukasurat 92-94; Tuhan itu 'Person' dalam perkataan lain, 'Tokoh' atau 'Diri' yang secara definitifnya memahami, memberi reaksi dan merefleksi; untuk menerangkan tujuan dan menilai Dirinya Sendiri.

Albert C Knudson pula dilaporkan sebagai menyebut; "Agama adalah suatu bentuk minat dengan kewujudan etikaNya". John Hick--pluralis Kristian pun menyebut hal yang hampir serupa dengan mengatakan, "Agama hanyalah reaksi manusiawi terhadap Tuhan/Kebenaran Absolut". Dan yang paling kontroversi adalah Seyyed Hassan Nasr, tokoh Muslim paling tersohor di Amerika. Dipengaruhi Rene Guenon dan Frithjof, beliau menyatakan bahawa "agama adalah keadaan bagaimana Tuhan mendepiksikan dirinya kepada kumpulan-kumpulan tertentu".

Namun tidaklah lengkap  jika kita membincangkan berkenaan perenialisme tanpa menyebutkan "bapa" kepada pemahaman ini, yakni Marsilio Ficino.

Siapa Marsilio Ficino?

Beliau merupakans seorang humanis, astrologis dan filasafat Renaissance yang dihukum bunuh oleh Roman Katolik.  Beliau mengatakan ada "kenyataan yang lebih dalam". Kenyataan ini amat berbahaya kepada ajaran triniti yang menganuti eksklusivisme: Kristian satu-satunya jalan keselamatan manusia. Perenialisme berlawanan secara langsung dengan dogma "jalan keselamatan" ini.

Meskipun begitu, "perjuangan suci" beliau tidak berakhir di situ. Anak muridnya yang setia; Pico menjelaskan dengan lebih lanjut menggunakan 'prisca theologica'. Menurut Pico, KT mungkin bisa ditemui pada segala jenis adat dan agama. Khabar angin yang menyatakan bahawa beliau dipengaruhi Ibn Rushd (Averroes), Al Qur'an dan Kabbala (Charles Schmitt, P513).

(akan bersambung. Untuk pos akan datang, saya akan menyebutkan dalil perenialisme dalam Al Qur'an di samping ayat Al-Qur'an yang menentangnya)


Monday, May 9, 2011

Jack & Kacang Ajaib: Analisis Moral

Bismillahir Rahmanir Rahiim..

Kisah kanak-kanak yang sangat popular
i. Teringat

Ketika saya kecil, terdapat sebuah telewayang yang bersiaran setiap pagi di TV1 (tidak silap saya). Ia memaparkan kisah-kisah legenda seperti Hansel dan Gretel, Rumpeltiltskin, Cinderella dan tidak dilupakan.. Jack dan Kacang Ajaib. 

Tidak sangka pula cerita yang sama saya temui baru-baru ini. Jadi sayapun selaklah buku itu, helai demi helai; tanpa ada perkataan tertinggal. Dan sesuatu menghujat akal. Cerita ini tiada moral langsung! Sebelum saya menyebutkan sebab-musabab, marilah kita menyemak semula asal-usul cerita ini.

ii. Sejarah

Sebenarnya, tiada siapa yang benar-benar mampu memberikan fakta sebenar mengenai asal-usul cerita legenda ini. Jack Zipes dalam 'The Oxford Companion to Fairy Tales' menyebutkan bahawa cerita 'Jack and the Beanstalk' adalah satu perkara yang tidak diketahui  dan beliau mengklasifikasikannya sebagai 'Wonder Story' yang berasal daripada pewarisan secara lisan. Kira macam Cerita Hang Tuahlah.

Jack dalam cerita ini--menurut Sir Francis Plagrave, ahli sejarah England--adalah "Giant Killer", manusia sama yang mendarat bersama Hengist dan Horsa, serta Ebba dan Saxon dalam satu kapal perang/kapal layar yang sama. Kesemua mereka adalah tokoh Anglo-Saxon, di mana Horsa dan Hengist merupakan tokoh yang membantu Raja Vortigern menentang puak Picts dan lainnya (Heritage-History.com). Apapun, tidak boleh secara membuta tuli menyatakan kapal merekalah yang membawa cerita Jack dan Kacang Ajaib ini. Kebetulan mungkin saja berlaku, bukan?

Kisah Jack dan Kacang Ajaib pertama kali ditulis dalam bahasa Inggeris oleh J. White Newcastle dengan tajuk 'The History of Jack and the Giants' pada 1711. Cerita asal Jack ini sebenarnya tidak mengandungi latar cerita pucuk kacang gergasi yang menggapai istana langit; kenyataan ini boleh dijelaskan dengan fakta bahawa manusia Zaman Pertengahan sangat percaya bahawa makhluk gergasi tinggal dalam kalangan manusia. Oleh itu, tidak perlu kacang ajaib!

Menurut Zipes dalam bukunya 'When Dreams Came True: Classic Fairy Tales and Their Tradition, Routledge', keluaran 1999, kebanyakan cerita dongengan dahulu tidak lari daripada penggaulan perkara erotik, ganas dan lucah. Para sasterawan menganggap ini membahayakan maka pada kurun ke-19, segenap cerita tradisional England dituliskan semula, dengan meyingkirkan aspek yang disebutkan di atas.

Tambah Zipes lagi, dalam 'The Oxford Companion to Fairy Tales' (Oxford University Press, 2000), "Keganasan pembunuhan dilenyapkan, kisah King Arthur dilenyapkan, Jack menjadi manusia bumi dan Gergasi (dalam kisah itu) diletakkan pada keadaan sudah berkahwin dan berada di langit, hanya mampu digapai dengan benih kacang ajaib yang menjalar naik ke langit". Kisah yang telah diubahsuai ini pertama kalinya diterbitkan dalam Chaptbook oleh Francis Orr and Sons di Glaslow pada tahun 1820.

Meskipun terdapat "pemurnian" dilakukan ke atas cerita ini, ia masih tidak "bersih". Masih ketinggalan beberapa unsur kezaliman yang terperangkap dalam plot cerita. Ini beberapa nilai negatif yang saya perhatikan.

1. Penderhakaan.

Dalam bahagian ekspositori cerita ini, Jack telah diperintahkan oleh ibunya untuk menukarkan lembu dengan duit (ada versi yang mengatakan disuruh tukar dengan tepung). Apapun, semua versi menjuru kepada satu persoalan yang sama: adakah Jack menjalankan perintah itu? Tidak!

Bahkan penulis cerita menggambarkan perbuatan melanggar perintah itu sebagai suatu perkara yang baik kerana imbalannya (kacang ajaib) menjadikan mereka kaya-raya. Hal menderhakai diulang pada bahagian di mana siibu menegah Jack untuk mendaki pucuk kacang ajaib itu.

2. Pencerobohan.

Pada bahagian menghampiri klimaks, Jack didepiksikan sebagai manusia yang pintar; memasuki rumah si Gergasi dan kemudiannya bersembunyi di balik pintu. Tetapi jika dilihat pada sudut analitik dan pada sambungan plot seterusnya, Jack tidak lebih daripada seorang penceroboh. Apa yang lebih mengesankan ialah penceritaan sesetengah buku yang mengatakan isteri Gergasi tadi bersubahat dengan Jack. Hal ini menampakkan isteri Gergasi baik? Tidak.. menurut saya, ia menggalakkan pencerobohan dan perngkhianatan terhadap suami.

3. Mencuri dan Melarikan Diri Dari Tuduhan.

Hal ini tidak apa jika tidak dihuraikan secara panjang lebar. Melihat kepada peristiwa selepas Gergasi tadi tertidur ketika dia sedang mengira kekayaan, menunjukkan perbuatan mencuri seakan-akan menguntungkan.
Rompakan Jack
Tambahan pula, bukankah Jack melarikan diri setelah mendapat apa yang diinginkannya? Gergasi itu menyuruhnya berhenti, tetapi jack tidak menghiraukan itu dan terus berlari. Ingin saya bertanya: apa nilai moral yang terkandung dalam bahagian cerita itu?


4. Membunuh.

Inilah bahagian paling sadis dalam cerita ini. Ingat lagi tidak, Jack--setelah turun ke bumi--meminta ibunya menghulur kapak bagi menebang pucuk gergasi itu. Si Gergasi yang sedang asyik menuruni batang raksasa tadi akhirnya jatuh ke bumi, terjelepok; dan mati. 

Perbuatan siibu yang menyerahkan kapak kepada anaknya seolah-olah menggambarkan pengizinan untuk membunuh. Dan lebih sadis daripada itu, mereka "..live happily ever after. The end."

iii. Konklusi

Tuduhlah saya mundur dan pesimis; cuma satu ingin saya minta: senaraikan saya nilai moral dalam cerita ini. Keberanian? Kepintaran? Haha. Tengok balik konteks pengimplementasian nilai di atas? Hanya untuk melunaskan niat jahat!

Oleh itu, baliklah kepada kisah nabi-nabi. Kisah yang jauh lebih bermoral daripada Jack dan Kacang Ajaib atau apapun. Mengikutkan perasaan, kisah Jack dan Kacang Ajaib sungguh-sungguh gagal untuk menerapkan nilai positif, melainkan imaginasi yang melampau. Buka minda generasi kita dengan cerita Nabi Adam a.s sehinggalah Nabi Muhammad SAW yang penuh adab dan kesantunan, bebas daripada unsur barbarik serta materialis. Walaupun saya akui penulis entri inipun tidak berlepas daripada menjadi mangsa mesej subliminal. Itu yang jadi jahat tu. :D


Wallahu`alam.