Showing posts with label Falsafah. Show all posts
Showing posts with label Falsafah. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Fana

Setelah seharian sibuk bekerja, dari pagi ke malam sehingga kadangkala melupakan kewajiban, tutuplah mata anda dan bayangkan segala apa yang anda miliki dan setiap manusia yang berdiri di sisi anda sekarang. Bayangkan kilasan wajah mereka satu-persatu yang senyum dan yang bersedih, dan sebilangan yang punya ekspresi seakan mengharap anda datang kepada mereka, memberi pertolongan. Setelah kaulakukan itu, bayangkan satu demi satu khayalan tadi lenyap dari penglihatan dan terhumban ke dalam suatu kegelapan. Satu demi satu, semuanya hilang jauh dari anda, bahkan pakaian yang anda pakai terlucut dan turut sirna. Cahaya yang memancar dari arah atas semakin kelam dan akhirnya padam. Dalam keadaan fitrah, anda kini sendiri.

Saat itu anda dalam kegelapan dan mungkin menangis. Menjerit, “Ibu! Ibu!!!” atau “Ayah!!! Ayahhh!!!!!”, meminta belas mereka yang tersebut untuk diselamatkan dari siksaan tidak berdarah itu. Kepala dipusingkan kesana-kemari mencari arah cahaya agar dapatlah melangkah keluar dari dunia tanpa apa-apa itu. Sahutan manusia yang anda harapkan, tiada.

Kawan, perkara ini akan berlaku suatu hari nanti, di mana tiada siapa- bahkan insan yang melahirkan kitapun- yang mampu membantu. Hari di mana kita dengan diri-sendiri serta tanggungjawab yang telah kita ikrar akan laksanakan sewaktu berada di rahim ibu dahulu. Hari kita berpisah untuk selamanya dari apa yang kita sayang. Hari perpisahan yang kita tiada punya masa untuk mengucap selamat tinggal kepada insan-insan yang kita kenali di dunia ini.

Ketika itu, yang dipikul di bahu cumalah amalan dan dosa. Harta yang dibanggakan tidak mampu membayar jalan keluar dari kegelapan itu. Kereta yang serba mewah hanya mampu mengenderai dunia, sedangkan akhirat ia tiada makna. Rumah yang dahulunya memberikan kedinginan dan kehangatan pada masa yang sama turut punah fana. Kawan-kawan... kawan-kawan yang selalu berhibur bersama tiada di sisi, kerana mereka juga sedang menghidupi dunia kegelapan itu. Gelak ketawa mereka dan gelagat pelbagai tiada lagi untuk memberikan selengkung senyum pada wajah kita.

Dan hanya pada Allah sahaja penyelesaiannya. Kembalilah kepadaNya, tinggalkan semua kemewahan dunia yang kita akan tinggalkan, mungkin sebentar sahaja lagi. Tunduklah pada kekuasaanNya dan peraturan yang Dia sudah utarakan. Menangislah depan Dia dengan ketidaksanggupan kita untuk meninggalkan segala ini.
Berdoalah kepadaNya.

Sunday, September 18, 2011

Kefahaman

[...] Dengan pandangan Islam yang seperti ini di dalam melihat ‘persamaan’, akan terwujudkan keamanan sosial manusia bagi individu mahupun kelas, iaitu saat ‘keseimbangan persamaan’ menghilangkan ketakutan ketidakadilan sosial dan kezaliman ekonomi di tengah masyarakat. Dan, saat kita menggantikan filasafat ‘benturan’ dengan filasafat ‘kompetisi’, kita sedang mengamankan masharakat dari bahaya ‘benturan-benturan berdarah’ yang telah dialami dan diusahakan untuk dihilangkan oleh masharakat-masharakat yang ditata oleh filasafat-filasafat sosial yang berbeda dengan moderasi Islam. [...]

-dipetik dari buku ‘Islam dan Keamanan Sosial’, tulisan Dr Muhammad `Imarah, mukasurat 126.


[...] Manusia sebagai seorang individu zoon politicon (makhluk sosial) yang ditakdirkan dan dituntut oleh hajat dan keamanan hakikinya untuk hidup bermasharakat. Oleh kerana itu, meskipun keamanan-keamanan itu dimulai dari lingkup individual, namun ia tidak akan mencapai kesempurnaan dan terwujudkan dengan baik kecuali jika ruang lingkupnya mencakup sosial, kemasharakatan dan peradaban. [...]

-dipetik dari buku ‘Islam dan Keamanan Sosial’, tulisan Dr Muhammad `Imarah, mukasurat 21.


[...] Apabila sosialisme dan komunisme tidak mengiktiraf usaha-usaha individualistik, fahaman kapitalisme pula mengendahkan golongan individu yang tidak berkemampuan dan tidak berkeupayaan untuk mengusahakan sesuatu bagi meneruskan kehidupan. Ketika ateisme menbuncah kewujudan Tuhan atas justifikasi prima facie yang samar-samar, politeisme menghina kedaulatan Tuhan dengan mencerakinkan ia kepada bahagian-bahagian Tuhan yang tertentu yang kita sedia maklum, bukan suatu ciri Tuhan. Di sebalik segala konflik ini, Islam datang dengan sifat yang sangat moderat [...]

-dipetik dari artikel ‘Pada Pentas Keadilan’, tulisan J Janousse.

Monday, August 8, 2011

Ulama' = Saintis

Salaam... sebetulnya, saya tidak layak mengkomentar tajuk sebegini besar, sebegini mulia. Namun desah hati dan perasaan serta secebis imaan menolak saya untuk menuliskan jua. HAHA, maka kalau penerangan berlawanan dengan fakta, saya memohon maaf. Setiap manusia berlaku zunub, bukan?

Ulama....apakah maksud sebenar istilah ini? Siapakah yang benar-benar layak menyandangnya dan atas hujjah apa pula mereka memperkatakan sedemikian? Saya akan bawa anda meneroka ke satu alam karya saya (atas pengaruh Syeikh Al Kabir dan Djohan Afendi). Mereka berdua teologis-mantis yang cukup mantap. Tahu apa mereka gagaskan?

Mereka mengatakan bahawa manusia yang hari ini kita gelar sebagai `ulama:- yakni golongan agamawan bukankah `ulama menurut Al-Qur'an. Mereka berpendapat bahawa `ulama adakah saintis, baik secara harfiah mahupun fahmiyyah. Dalil mereka senang sahaja:

Perkataan `ulama adalah terbitan dari perkataan `Arab, '`ilm' yang bermaksud ilmu. '`Ulama' bermakna 'mereka yang berilmu', atau ya`lamun menurut Surahtul An`am ayat 97 di atas.

Dan mengejutkan juga apabila perkataan 'scientist' juga merupakan terbitan perkataan '`ilm' yang dalam Bahasa Latinnya digelar sebagai 'scienta'. Secara transliterasinya, 'scientist' bermaksud 'mereka yang tahu'. Mengejutkan, bukan?

Ummat zaman sekarang ini sudah terlalu lama berpegang pada pernyataan, "ulama adalah mereka yang pakar dalam agama", sedangkan pada Surahtul An`am, ayat 97, ya`lamun atau sinonimnya `ulama bermaksud "mereka yang mengkaji kejadian alam sebagai tanda wujudnya Tuhan". Menurut Al-Qur'an, ini maksud sebenar `ulama.

Syeikh Al-Kabir pula dalam pada itu menyatakan bahawa orang yang pakar ilmu agama itu adalah 'habar' menurut Al-Qur'an. Dan juga dipanggil fuqaha dan bukan `ulama. Bagi dua manusia yang saya sebutkan di atas namanya, penggunaan istilah `ulama hanya untukpengkaji kejadian alam, yang kita gelar sebagai saintis.

Adalah banyak `ulama di luar sana, kalau begitu. Meteorologis, botanis, zoologis, marinologis, vulkanologis, kosmologis, geologis dan banyak lagi. Saya rasa ada logiknya dan saya rasa ianya perlu huraian panjang. Akan diposkan di blog ini, nanti. InshaAllah~

How Biogenesis Defines The Existence of a Creator

Salaam...today's topic is a bit formal and empiric. Before I dub the canvas, let me express my utter sorry for any misunderstanding, mistakes, misquoting and misconception that I put inside this article/entry. Hope *inshaAllah*, we can something beneficial out of it.

In 1953, there were this two young scientist whom rejected the existence of a Creator in the scientific study they were having. The atheistic ideology started when humans started to question the beginning of life, or the source of life. These two enthusiastic men believe that life cab come from chemistry, that is, random chances. An experiment was conducted.


Miller-Urey Experiment

Yes, readers... that two men were Dr Stanley Miller and Dr Harold Urey. They held a series of experiment, to show that amino acids (which is, the block of cell) can happened randomly without the need of "divine intervention". They mixed all elements (most probable) during the earliest hour of Earth's age, that is;O2, H2O, CH4, NH3 and electric discharge to create an atmosphere similar to the one that the Proto-Earth  had. And later, turned successful. They have produced blocks of amino acids and that finding was published on news, entitled, 'Life in Test Tube'. Athestic community mocked Believers and fellow Theists.

But later, they faced more questions than answer. Instead of trying to weaken the Creationism, they strengthened the ideology that a Supreme Mind did create this Universe. The Miller-Urey turned to be the most paradoxical atheistic theory.


Why? What happened?

Because life never spring out of that test tube they were using. It has amino acids (basic blocks of protein) yes, but they lack the knowledge to distinguish between the "basic blocks of  protein/cells", with the basic blocks of life". Miller-Urey's oddity was left unanswered.


Chirality VS Evolution

Chirality as we know refers to condition of which molecules experience handedness. If you were to see two molecules' chirality, it has the same idea with your hands; left and right. They may look the same, with similar number of atoms, but are different in some terms of structure (a mirror image). This molecules' attribute had utterly shattered the claim that life could exist from random chemical process.

A chiral (molecules in chirality) can exist as only one of the two possible combinations; left handedness or right handedness. This combination is what proteins and deoxyribo nucleic acids their respective three-dimensional shapes. Without chirality, biochemical functions cannot be conducted. And take note: all amino
acids within our body cells have a common chirality.

In Miller-Urey experiment, there was not even a single chirality and this destroyed the hope of finding a speck of life in that test tube. By far, there is not even a single random process of chemistry that involves molecules could create chirality, given in an infinite time. Dr Charles McCombs, a PhD in organic chemistry who is also a holder for twenty patents in chemistry have been reportedly saying;
"The fact that chirality was missing in those amino acids is not just a problem to be debated, it points to catastrophic failure that life cannot exist from chemicals by natural processes"

What problems does the lack of chirality give out?

As I have just stated earlier, chirality gives DNAs their three-dimensional shape. DNA becomes double helix because its components have common chirality. The commonness prevents irregular shape and gives out a beautiful arrangement of molecules. Had one unit of DNA possesses the wrong type of chirality, DNA will fatally lost its double helix shape and will not function well.

In a larger scale, all molecules must have the same right-handedness configuration, without any error to support evolution and that is just for one nucleotide. What about the other billions of nucleotides? Remember, in order to work, they MUST be a right-handedness wholly, at the very same time. How can atheistic scientists answer this, then?

There was a popular answer pointed by them which turned to be supremely ironic and laughable;

|   "Chirality exists via unknown process long time ago"

Now, who is superstitious? 

(to be continued)

Tuesday, May 17, 2011

Perenialisme: Menjulang Kepalsuan Dengan Penyatuan

Bismillahir Rahmanir Rahiim..

Pendahuluan

Sebenarnya, nota ini telah lama tersimpan di dalam buku catitan penulis. Tekanan masa yang sangat sempat menghalang penulis untuk mengeposkannya, memandangkan ianya topik yang agak luas dan besar. Pemendekan akan dipertimbangkan, mengikut keperluan idea dan buah fikiran penulis.

Untuk entri kali ini; seperti topik di atas; kita akan mengupas serba-sedikit mengenai falsafah perenialisme. Jujur, penulis pernah tertipu dengan idea dan falsafah ini dahulu, atas penyelakan buku Dr Muhamad Imarah. Sebenarnya--perenialisme ini tidaklah segenapnya salah dan tidak pula seluruhnya betul. Ianya tidak melengkapi makna sebenar teologi Islamiyyah. Semoga Allah mengampuni khilaf penulis dulu.

Baiklah, kita kupas secara teliti, takut tersalah faham; memungkinkan wujudnya keraguan. Biarlah penulis sahaja yang pernah merasai betapa menyesalnya menganut fahaman ini.

Definisi Falsafah Perenialisme

Perkara pertama yang perlu kita bincangkan untuk memulakan pembedahan subjek adalah dengan melihat makna harfiah dan istilahiyyah subjek tadi. Pendefinisian falsafah perenialisme dari segi terminologi agak mudah untuk difahami. Saya hanya menitipkan takrif mengikut pemahaman saya. Sebelum itu, adakah lebih baik jika kita pecahkan frasa "filasafah perenial" ini kepada dua, iaitu "filasafah" dan "perenial".

'Philo' didefinisikan sebagai "pengetahuan", atau lebih kepada "hikmah" atau "kesedaran". 'Sophia' pula bermaksud "rasa cinta". Perenialisme dicedok dari perkataan  Yunani, 'perennis yang membawa makna "abadi", "tidak berubah" dan "tidak berpenghu
jung". Jika dicantumkan kesemuanya; "hikmah cinta abadi". Secara istilahiyyahnya, bermaksud: "cintakan hikmah kebenaran yang abadi".

Iktikad/Konsep Asas Perenialisme

Perenialis (penganut perenialisme) berpendapat bahawa semua agama memiliki satu Kebenaran Tunggal (sekarang kita singkatkan kepada KT). KT ini kemudia berasimilasi dengan budaya tempat ia didedahkan. Seperti contoh; jika KT ini diletakkan di Arab, maka menjadilah Islam. Jika diletakkan di China, jadilah Konfusionisme. Malangnya, konsep inilah yang menjadi kontradiksi buat para perenialis.

Jika benar KT beradaptasi; membentuk agama-agama baru berdasarkan budaya tempat ia didedahkan, maka itu jelas bertentangan dengan tamadun China yang memiliki kontradiksi falsafah antara Taoisme dan Konfusionisme. Begitu juga dengan di Iran; di mana Magi bersalahan dengan Zarasthura. Dan yang paling dekat contohnya adalah Islam dengan Kristian yang berasal daripada jazirah yang sama.

Selain itu, mereka percaya, semua agama akan membawa ke syurga. Agama menurut mereka hanyalah deskripsi atau jelmaan terhadap KT tadi. Pernyataan ini sekali lagi berlawanan dengan konflik yang kita hadapi sekarang. Jika semua agama berasal KT, maka kenapa berlaku kontradiksi--mengapa realiti tadi sepertinya berlawanan antara satu agama dengan agama yang lain?

Sayugia diingatkan bahawa semua/kebanyakan agama bukan sahaja berbeza dari segi eksternal seperti yang diperkatakan perenialis. Di dalamnya, semua agama mengajarkan ciri ketuhanan yang berbeza. Kenyataan ini sangat menyakitkan buat para perenialis dan meninggalkan luka yang amat besar kepada mereka.

Penulis memahamkan perenialis seperti suatu langkah ekuminisme; cuba untuk mendamaikan kontradiksi antara agama yang sememangnya tidak boleh disembuhkan lagi. Kontradiksi-kontradiksi ini sangat serius untuk dipulihkan kerana ianya telah menjadi identiti agama terbabit. Jika pertentangan ini bisa dipulihkan dan ekuminisme direalisasikan, maka identiti agama telah termusnah.

Frithjof Schuon dalam bukunya 'The Trascendental Unity of Religion' menyebutkan bahawa satu-satunya yang menyebabkan perbezaan dalam kalangan agama adalah faktor ekstenalisme. Perihal ini sudah direfutasikan pada penjelasan eksklusivisme setiap agama. Manusia seperti Frithjof sangat bergantung kepada analogi "sepuluh lelaki buta dan seekor gajah" karangan Jalaludin Rumi. Rumi tidak pernah mengajarkan perenialisme, kerana pada buku yang sama beliau menegaskan kepentingan hukum syariah. Syariah seperti yang kita tahu merupakan rupa eksternal Islam.

Kita mungkin juga perlu melihat dari sudut perenialis Barat seperti Edgar S. Brightman dalam bukunya 'New Thought: A Practical American Spirituality', mukasurat 89-92. Dalam mukasurat yang disebutkan, beliau menerangkan wujudnya darjah kebenaran yakni, gredasi realiti. Katanya, semua manusia dipenuhi dengan realiti yang suci; jiwa dan kesamarataannya.

Tambahnya lagi pada mukasurat 92-94; Tuhan itu 'Person' dalam perkataan lain, 'Tokoh' atau 'Diri' yang secara definitifnya memahami, memberi reaksi dan merefleksi; untuk menerangkan tujuan dan menilai Dirinya Sendiri.

Albert C Knudson pula dilaporkan sebagai menyebut; "Agama adalah suatu bentuk minat dengan kewujudan etikaNya". John Hick--pluralis Kristian pun menyebut hal yang hampir serupa dengan mengatakan, "Agama hanyalah reaksi manusiawi terhadap Tuhan/Kebenaran Absolut". Dan yang paling kontroversi adalah Seyyed Hassan Nasr, tokoh Muslim paling tersohor di Amerika. Dipengaruhi Rene Guenon dan Frithjof, beliau menyatakan bahawa "agama adalah keadaan bagaimana Tuhan mendepiksikan dirinya kepada kumpulan-kumpulan tertentu".

Namun tidaklah lengkap  jika kita membincangkan berkenaan perenialisme tanpa menyebutkan "bapa" kepada pemahaman ini, yakni Marsilio Ficino.

Siapa Marsilio Ficino?

Beliau merupakans seorang humanis, astrologis dan filasafat Renaissance yang dihukum bunuh oleh Roman Katolik.  Beliau mengatakan ada "kenyataan yang lebih dalam". Kenyataan ini amat berbahaya kepada ajaran triniti yang menganuti eksklusivisme: Kristian satu-satunya jalan keselamatan manusia. Perenialisme berlawanan secara langsung dengan dogma "jalan keselamatan" ini.

Meskipun begitu, "perjuangan suci" beliau tidak berakhir di situ. Anak muridnya yang setia; Pico menjelaskan dengan lebih lanjut menggunakan 'prisca theologica'. Menurut Pico, KT mungkin bisa ditemui pada segala jenis adat dan agama. Khabar angin yang menyatakan bahawa beliau dipengaruhi Ibn Rushd (Averroes), Al Qur'an dan Kabbala (Charles Schmitt, P513).

(akan bersambung. Untuk pos akan datang, saya akan menyebutkan dalil perenialisme dalam Al Qur'an di samping ayat Al-Qur'an yang menentangnya)


Friday, May 6, 2011

Pemikir & Konsep Pemikiran

Bismillahir Rahmanir Rahiim..


"Siapa pemikir?"


Pemikir adalah pemerhati alam. Tidak dapat diterima mereka yang bergelar pemikir tanpa sikap observatif. Pemikiran manusia ini layaknya adalah refleksi dari jiwa yang merdeka; bukan zahir, tetapi batinnya. Kalaulah tahap pemikiran diukur dengan materii, maka Ibn Sina dan Ibnu Haitham itu tidak pantas disebut sebagai ahli fikrah.

John Barrell (1980) mendefinisikan berfikir sebagai berikut;

"..I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options, the attempt to arrive at logical, reasonable judgments and reflection on the process"

Tuan Abraham John (2011) menyebut,

"..berfikir adalahi satu jalan untuk menghadapi masalah. Manusia tidak berfikir jika tiada masalah.."

Saya mengungkapkan definisi berfikir sebagai suatu pencarian yang tidak akan berhenti. Pencarian yang bertumpu pada hakikat sebenar hidup ini; hakikat kenapa saya hidup dan bernafas. Pokok pemikiran manusia adalah perasaan rindu kepada 'sesuatu' dan saya kira nota ini tidak logik untuk digunakan sebagai pentas berdebat untuk merungkaikan mafhum sesuatu itu.

Akal merupakan suatu alat yang terpenting dari segala apa yang ada pada manusia. Akal pusat tumbuhnya perasaan dan pusat lahirnya kesedaran. Akal itulah kesedaran. Meski kadang-kadang keduanya tidak 'tally' tetapi mereka mutualis. Satu dihidupkan oleh yang satu lagi.

Akal boleh jadi instrumen penghidupan; dan radas kematian. Boleh jadi sumber keamanan; ataupun punca perpecahan. Apa-apa yang berubah di sekitar kita adalah hasil perubahan akal. Boleh jadi. Minda Sang Pencipta yang realitiNya, tak usah difikirkan. Bukankah Bapa Darwinisme itu sendiri: Charles Darwin pernah mengatakan:

"Melihat kepada semua ini; dari kupu-kupu yang berterbangan ke cacing tanah yang bebas merayap; aku tidak dapat menolak ianya berpunca dari satu Minda yang Hebat. Dan merenung semula--pemikiran ini sepertinya terbang pergi.."

Akal sentiasa dipengaruhi oleh keperluan, tidak boleh disangkal itu. Memenuhi keperluan adalah suatu masalah yang perlu dihadapi manusia dan seperti kata Tuan Abraham tadi, dengan masalah manusia berfikir. Jadinya, ayat 'What is on your mind?' tu, bolehlah ditukar kepada 'What is your problem?'

Berfikir juga dipengaruhi kehendak. Selalu juga kehendak mengatasi waras akal--dalam hal ini--saya menyebutnya sebagai nafsu buta. Nafsu itu akal bagi mereka yang mungkar; mereka yang sanggup membersatukan minda dengan keinginan melulu.

Ada sesetengah pula percaya, akal ini tiada batasnya. Mereka berterusan memikirkan persoalan-persoalan yang tiada hujungnya. Kadang-kala, sampai terluka nurani. Mereka ini adalah golongan yang mengatakan manusia yang percaya Tuhan tidak menghargai akal.

Sebenarnya, merekalah yang meletakkan penghinaan terhadap akal. Mereka memaksanya untuk bekerja di luar batas  yang ia mampu. Kita ambil contoh; Tuhan. 

Tuhan itu di luar batas pemikiran manusia. Walaubagaimana keraspun manusia berusaha, mereka tidak akan dapat menggapai hakikat Tuhan itu dan--pada pandangan saya--di sinilah akal bertemu hadnya. Dalam hal ini, kita terpaksa tunduk dan akur pada Tuhan itu sendiri.. perlu menundukkan diri pada keegoan untuk menandingi keghaiban Tuhan. Bukankah Tuhan itu pernah berkata: 'Walam yaqullahu kufuwan ahad'?

Dan bersumber dari pengertian ini, dapat disebutkan juga bahawa akal adalah ketundukan. Kejujuran pada lingkungan manusiawi. Penghormatan kepada kelebihan akal, namun masih tunduk pada batasnya. Penghargaan sebenar akal letaknya di sini.

Kalaulah benar akal itu tiada hadnya, maka mengapa lupa jadi akar nama manusia? Mengapa kemajuan kita ini dinamis dan bukannya progresif konstan? Mengapa berterusan putarbalik darjat? Mengapa ada perbezaan?

Jikalau benar akal ini tidak terhad, maka mengapa sering kita bertelingkahan meskipun pada hal yang kecil? Bukankah ketakterhinggaan itu tertuju pada satu yang mutlak?

Menjawab persoalan-persoalan di atas, seorang pemikir pasti sedar betapa apa yang telah dicapainya hanyalah sebutir debu dalam deruan ribut pasir. Hanya setitis air dari luasnya samudera. 

Saya tidak menghalang manusia untuk terusan berfikir. Tetapi jagalah tingkah dan batas, jangan sampai terbabas dan tertunggang terkilas.

Kebebasan berfikir itu adalah dakyah yang kejam kerana ia tidak langsung mengiktiraf derajat akal dan tatasusila yang selama ini diatur oleh Sang Pencipta. Ironinya, kebebasan berfikirlah yang memenjara manusia dari menyelongkar hikmah kenapa ia lemah. Akal lemah; itulah buah fikiran saya jika ditanya berkenaan akal. Justeru itu ia memerlukan bimbingan yang berterusan dari Dia Yang Menciptakan. Kitab, akal merindukannya.

Saya menamatkan nota ini dengan menukilkan sebuah peringatan dan sepotong ayat dari Kitab yang saya imani; Al Qur'an:
"..supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu kamu beberapa darjat.." Surahtul Mujadila, ayat 11 
Wallahu'alam.. wassalam

Thursday, May 5, 2011

Cinta Menurut Saya

Bismillahir Rahmanir Rahiim..

Hujah Yang Mengatakan 'Cinta Terhadap Dunia Tidak Abadi'

Intro : Manusia hanya mahir mengatakan bahawa cinta materii tidak kekal selamanya. Malangnya, hanya segelintir yang berupaya memberikan hujah untuk menguatkan idea ini.

#1 : Material terbatas di dalam lingkungan masa, ruang dan jirim. Tiga sifat ini menjadikan sesuatu itu boleh terurai dilarutkan masa dan sememangnya sifat jirim itu berpenghujung. Dengan ini, kita mampu memahamkan bahawa sumber cinta tadi--yakni material--pasti akan musnah. Maka secara kronologinya, cinta yang dipupuk tadi akan lenyap.

#2 : Material tidak mampu memberikan ruang sebesar apa yang jiwa kita mampu beri. Ianya statik, tidak dinamik, stagnan dan kaku. Ini menjadikan cinta kelihatan seakan-akan tidak bernyawa. Dan jika dibayangkan cinta itu menjadi suatu hidupan, ianya tidak lebih dari bangkai yan memburuk.

#3 : Cinta material menjauhkan manusia dari Sumber cinta itu sendiri; yakni Tuhan. Tuhan seperti yang kita tahu tidak berjisim, tidak terlingkung oleh kurvatur masa serta segala apa hukum yang kita ketahui. Sedangkan materii itu tersabit oleh peraturan-peraturan alam. Dengan ini, kita dapat melihat kebutuhan cinta untuk kembali kepada sifatnya sebagai sesuatu yang abstrak. Cinta bukanlah sesuatu yang subjektif dan sepatutnya bukanlah sesuatu yang relatif. Kerana cinta itu lebih kepada ruuh alam; sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi sebagai sesuatu yang mutlak.

Bukanlah untuk menyatakan bahawa cinta tiada peraturan sehingga manusia boleh berbuat sesuka hati, malah menyucikan lagi cinta dari pengaruh nilai materii. jika benar cinta itu bersifat sedemikian (tidak bebas dari nilai materii), maka tentu tidak mustahil untuk mendapat sekilo cinta, atau semeter kasih dsb.

Konklusi : Jika sesuatu perhubungan itu membawa kepada keinginan menyentuh berbanding kepuasan manyayangi, maka putuskanlah perhubungan itu. Ia bukanlah cinta atau fitrah, melainkan nafsu serta fitnah. 

Dalam pada ini, Islam tidak dan langsung tidak menegah keperluan bersaudara dan berkasih sayang. Baca Surahtul Hujuraat, ayat 9-11 untuk keterangan lanjut atau pergi ke sini. Wallahua'lam :)

Monday, May 2, 2011

Teori Otak dan Pendapat

Bismillahir Rahmanir Rahiim..

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan teori otak. Baru-baru ini kelas saya telah mengadakan diskusi panjang lebar berkenaan tiga teori otak yang utama; teori 'Split-brain', teori 'Kecerdasan Pelbagai' dan teori 'Tri-une Brain'. Saya akan cuba mengupas satu demi satu teori ini dan mensintesiskan sebuah penilaian kendiri saya berkenaan ketiga-tiga teori ini.

Segala jeni komen mahupun saranan amat saya alu-alukan. :)

Teori 'Split-brain'

Teori 'split-brain' diperkenalkan olah salah seorang ahli neurologi paling hebat di Amerika, yakni Prof. Roger Sperry. Beliau memenangi anugerah Nobel bagi sumbangannya ('split-brain') dalam bidang neurologi.

Teori 'Split-brain'.. bolehkah ia
mendorong 'split-personality'?
'Split-brain' adalah suatu istilah saintifik yang menerangkan pemisahan dua hemisfera otak yang berlaku disebabkan putusnya 'corpus callosum'; jambatan yang menghubungkan hemisfera kiri dan kanan otak. ianya boleh berlaku melalui kemalangan ataupun secara sengaja ('callostomy'). 

Penemuan Dr Sperry bermula apabila beliau mendapat pesakit epilepsi yang menjalani pembedahan 'callostomy' menghadapi masalah untuk menyebut nama benda yang disaksikannya. Contohnya: saya tunjukkan sebiji epal, pesakit epilepsi 'post-callostomy' tidak akan berupaya menyebut nama epal tadi, meskipun dia tahu yang itu adalah epal. Hal ini kerana, menurut penemuan Dr Broca dan Wernicke pada tahun 1800an, bahagian respond dan stimulus otak adalah berbeza.

(Kita tidak akan lari jauh dari topik Prof Roger Sperry; oleh itu adalah lebih baik jika kita meninggalkan sebentar perihal kajian Broca dan Wernicke tadi.)

Teori 'Kecerdasan Pelbagai'

Teori 'Kecerdasan Pelbagai' merupakan tesis seorang lagi ahli neurologi Jerman/Yahudi yang berpengalaman, Prof Howard Gardner. Beliau mengasaskan pemikiran sedemikian pada 1983, sewaktu menduduki jawatan sebagai profesor pendidikan di Universiti Harvard.

Sesetengah pengkomentar berpendapat bahawa, masa silamnya yang dipenuhi luka-luka Nazisme dan kehilangan abang kandungnya, Eric dalam satu kemalangan menjadi titik mula pembinaan personaliti yang matang dan berfikiran dalam. Dari situ, otaknya mulai berfikir seputar kehidupan di dunia (Gardner: 1989, m/s 23). Beliau pernah berkata:
"I want my children to understand the world, but not just because the world is fascinating and the human mind is curious. I want them to understand it so that they will be positioned to make it a better place. Knowledge is not the same as morality, but we need to understand if we are to avoid past mistakes and move in productive directions" (Howard Gardner 1999: 180-181)
Keinginan serta ghairah dalam mengejar cita-cita (pernah menentang keputusan ibu bapanya untuk dihantar ke  Phillips Academy di Andover, Massachusetts. Sebaliknya, beliau pergi ke Wyoming Seminary, di Kingston, Pennsylvania). Mulanya, beliau ingin menjadi ahli sarjana dalam bidang undang-undang, tetapi tutornya (Prof Erik Eriksson) di Universiti Harvard mengubahnya untuk menjadi seorang ahli pendidikan.

Prof Gardner berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai lapan pecahan kecerdasan pelbagai, iaitu:

  • Linguistik (kecerdasan bahasa)
  • Logik-matematik (kecerdasan logik-kalkulasi)
  • Spatial (kecerdasan gambar-observatif)
  • Tubuh-Kinestetik (kecerdasan fizikal)
  • Musik (kecerdasan musik dan irama)
  • Interpersonal (kecerdasan sosial
  • Intrapersonal (kecerdasan kendiri-emosi-refleksi)
  • Naturalis (kecerdasan terhadap alam)

 Kesemua kecerdasan ini amat berguna dalam memecahkan kaca yang memerangkap potensi otak serta membuat pilihan terbaik dalam kerjaya. Begitupun, kadar keberjayaan adalah subjektif; bergantung kepada usaha serta faktor luaran yang mempengaruhi seseorang.

Teori Otak 'Triune'

Paul Maclean merupakan pelopor kepada idea bahawa meskipun manusia mempunyai satu otak, sebenarnya ada tiga otak yang bekerja di dalam otak manusia. Keyakinan ini agak bersifat keagamaan sedikit. Tidak berani juga saya mengatakan dapatan beliau berpunca dai rasa sayang pada agamanya.

Apapun, dari segala jenis teori, ini mungkin yang paling kompleks. Teori otak 'Triune' merupakan suatu teori yang menjelaskan bahawa otak terbahagi kepada tiga fungsi; fungsi reptil, fungsi neokorteks dan fungsi limbik. Setiap satu daripadanya memiliki peranan dalam pembentukan peribadi.

  • limbik: berfungsi sebagai pengatur persepsi, perancangan, abtraksi dan bahasa.
  • neokorteks: berfungsi sebagai pengawal emosi, sikap reproduktif dan keibubapaan.
  • R-kompleks: berfungsi sebagai pengawal fungsi badan, kekerasan sikap, dominasi dan kewilayahan.

 Pendapat saya:

Adalah menjadi suatu keanehan apabila perkara seghaib pemikiran mampu diterjemah menjadi tiga set otak yang berlainan. Sebenarnya, kesemua tiga pendapat di atas hanyalah teori dan bukan fakta. Tidak ada niat untuk berlagak profesor atau bersikap skeptik dengan wibawa tokoh-tokoh di atas, tetapi hanya ingin menyedarkan diri sendiri serta pembaca bahawa tidak semestinya betul apa yang dituliskan Barat. Jangan bulat-bulat percaya.


Teori jika didefinisikan secara teknikal adalah kontras dengan perkataan praktis. Teori menurut kefahaman saya adalah "tekaan terbaik", yang masih tidak/belum dibuktikan dengan eksperimen empirikal. Perkataan Yunani ini sebenarnya kurang nilai praktis. Ia sinonim dengan perkataan kontemplasi dan spekulasi; bertentangan dengan aksi. Sebagaimana ia tidak semestinya betul, maka ia juga tidak semestinya salah.

Contohnya: seorang yang kidal sepatutnya mempunyai hemisfera kanan yang lebih dominan. Dengan itu, aspek yang harusmereka kuasai untuk mengesahkan teori otak di atas adalah; emosi, imaginasi, dimensi, kesedaran spatial dan kreativiti. Mereka sepatutnya tidak mahir matematik (kerana kemahiran matematik terletak di hemisfera kiri otak). Pelik, rakan saya ada yang berotak kanan, tetapi mahir matematik dan berotak kiri, tetapi mahir musik.

Maka balik kepada jawaban.. semua kajian di atas adalah tekaan yang membawa kepada hasil berulang. Teori mereka tidak boleh diimplementasikan kepada semua otak di dunia. Sains sepatutnya universal.

Bak kata Prof Anthony Flown, seorang bekas ateis; kesemua yang manusia tahu hanyalah kebenaran tersangka. Ianya boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Oleh itu, salah jika manusia mahu berlagak dengan ilmu yang dia ada, kerana tidak semuanya valid. Ambli contoh tiga asas utama kajian Howard Gardner; sejarah evolusi dan kemunasabahannya, sokongan daripada tugasan eksperimental psikologi dan sokongan daripada jumpaan psikometrik. Semuanya teoritis, subjektif .. sampai ke ruang abstrak!
"Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu."-Surahtul Mukminun, ayat 71 
Begitulah, manusia memerlukan juga panduan yang mutlak. Manusia sering sahaja salah, dan diciptakan manusia sebegitu agar mereka kembali kepada Yang Mutlak. Di sini saya menegaskan betapa Al Qur'an; dengan segala  kebenaran komtemporari ditambah logik yang berlimpah, berpotensi untuk dikembangkan dan memperkembang individu ke arah pemikiran yang bukan saja kritis, tetapi benar: kebenaran mutlak. Kembalilah kepada Al Qur'an..

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;" -Surahtul Baqara, ayat 2 
 ::Sekian::

Sunday, May 1, 2011

Kem Perkasa Akidah

Bismillahir Rahmanir Rahiim..


Kem Perkasa Akidah yang berlangsung dari lapan pagi ke empat setengah petang hari ini sungguh memperkasakan. Sememangnya jangkaan saya tepat; banyak ilmu akan saya ekstrak di sana. Tidak rugi pergi, untung tidak melepas.. :)

Kem dimulai dengan doa, serta sedikit pengenalan berkenaan motif, misi serta visi penubuhan kem. Diterajui bekas paderi besar, Saudara Nicholas Silvester (teringat Ustaz Farhan) dan Ustaz Abdullah, kem ini berteraskan dua cita-cita utama: pertamanya untuk membendung kes murtad ( tahu tak Datuk Harussani Zakaria, Mufti Perak mengatakan terdapat 250 ribu murtadin di seluruh Malaysia), dan untuk mengajak kaum kafir (Kristian, khususnya) kepada jalan Islam.

Ustaz Abdullah juga ada sedikit-sebanyak mengupas isu irtidad dalam kalangan warga Semenanjung di Borneo. Berdasarkan pengalaman, beliau mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai komuniti yang berpegang teguh dengan Kristian mereka. Dengan itu menurutnya, perlu untuk semua pelatih guru yang hadir ketika itu dihantar mengajar ke Sabah atau Sarawak. Untuk menjadi tentera Allah SWT melawan dakyah kesesatan Kristian.
Saya kagum..

Saya tidak dapat menolak kenyataan ustaz itu. Sememangnya ajaran Paulus (Kristian) tumbuh subur di seluruh bahagian Sabah. Dari Kota Marudu ke Tenom, ke Sipitang dan Pitas, gereja didirikan dengan skala serta proporsi yang sangat menakutkan. Keadaan ini menyumbang kepada perang saraf dalam kalangan masharakat yang berbilang agama di Malaysia, atau Sabah khususnya. Kristianisasi di Sabah bagai kulat tumbuh di atas roti, bugar menjalarkan akar kepalsuannya.

Justeru itu, beliau menegaskan betapa pentingnya peranan guru dalam menyelitkan sedikit slot akidah dalam PnP. Mendengar seruannya, saya--seorang bakal guru--terus bertenaga semula. Kita tidak akan pernah tahu, bila-bila saja seorang mubaligh akan datang kepada anak kita dengan sebeg penuh flyers. Bagi sedikit habuan, kemudian dedahkan anak kita dengan akidah yang tidak-tidak. Ya, Sabah memang memerlukan barisan panel Islam yang mahir. Dan ia perlukan mereka sekarang.

Balik kepada topik: sebenarnya, untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit pendapat berkenaan dakwaan Benjamin Stephen yang memfitnah ayat Al Qur'an. Kenalkah anda? Ini dia:
Benjamin Stephen.. murtadin yang pernah bersekolah di sebuah sekolah agama.
Saya jadi blogger Muslim pertama mungkin, tidak mengutuk beliau.
Benjamin Stephen (dalam salah satu majalah Al-Islam yang saya baca) merupakan mangsa seks di sekolah agamanya itu. Kesahihan cerita ini tidak pula saya ketahui, tetapi kalaulah ia benar, maka kita tidak boleh menolak kenyataan bahawa dia mungkin terpengaruh dengan trauma silamnya itu.

Semasa kem dijalankan, Ustaz Abdullah (panel penceramah yang berasal dari Kedah) menceritakan serba sedikit berkenaan latar belakang lelaki ini yang berasal dari Ipoh, Perak dan bersekolah di Sekolah Agama Izzudin (perbetulkan jika ralat). Selain itu, Ustaz Abdullah juga menayangkan sebuah video. Heronya tidak lain dan tidak bukan, Benjamin Stephen a.k.a  Badrul Hisyam. Berdiri di atas rostrum dan berbaju hitam; memegang mikrofon dengan bicara loghat Indonesia (mungkin kerana di situlah beliau "menimba ilmu"). Beberapa puluh saat selepas video dimainkan, beliau mula menunjukkan tanduk..

Pertama sekali beliau menyatakan sebab dia meragui Islam. Benjamin siap berhujah menggunakan "dalil naqli". Dibacanya Surahtul Fatihah dari ayat pertama, kemudian menjedakan bacaannya yang merdu pada ayat keenam (sudah tentu ada sebabnya, nanti). Surahtul Fatihah, ayat  6:
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Menurutnya, sepanjang beliau bersolat sebagai Muslim, fikirannya terganggu sebaik sahaja bacaan sampai ayat keenam di atas. Suatu persoalan yang sering berlegar adalah tujuan ayat itu. Katanya, kalau betul Nabi Muhammad SAW membawa ajaran yang lurus, maka kenapa setiap solat; 17 kali sehari doa itu dibacakan dan diaminkan? Apakah Islam bukan jalan yang lurus?

Analogi beliau mudah: "Saya tahu jalan ke Kuching.. maka perlukah saya meminta tunjuk jalan jika saya sudah tahu jalannya? Maka kalau Nabi Muhammad (SAW) tahu jalan lurus 1,400 tahun yang lalu; mengapa baginda meminta doa: tunjukkan aku jalan yang lurus!?"

Dan selepas itulah, kata-kata Ustaz Abdullah menikam benak saya.. bagaimana jika diajukan logik ini kepada anak-anak kita yang baru berumur sepuluh dan sebelas tahun? Apakah mampu mereka bertahan dengan desakan analogi tersebut. Jujur-saya yang sudah dewasa inipun gementar apabila cuba menjawab persoalan Encik Benjamin di dalam hati. Apalagi adik-adik yang baru setahun jagung mengenal dunia?

Di sini peri pentingnya penyelitan didikan akidah dalam pemikiran anak-anak yang sedang berkembang cepat.  Meskipun tiada dalam pedagogi, apa salahnya jika kita persiapkan jundallah di peringkat terawal pendidikan?
Baiklah, ayuh kita jawab persoalan Benjamin Stephen ini. Ada empat hujah:

1. Perkataan "اهدنا" bukanlah bermaksud tunjuk sebagaimana kita menunjuk jalan ke Kuching. Bak kata Ustaz  Abdullah, "Pak Arab pasti ketawa bila kamu minta tunjuk jalan dengan berkata: Ihdinas siratal fi Kuching, ya syeikh!". Pasti.

"اهدنا" secara kasarnya pun bermaksud pimpin dengan memberi hidayah; bukan secara fizikal. Memberi analogi secara material bagi perkara seperti hidayah adalah suatu yang paradoks. Tidak kena. paling pun, sebagai metafora saja; bukan tunjuk dengan tunjuk fizikal. Macam peribahasa: 'Sembuhkan hatiku yang luka', bukanah bermaksud sama macam kita ubat luka biasa.

2. Ini adalah suatu kes tu quoque. Tu quoque bermaksud, suatu tindakan yang menjustifikasikan sesuatu yang jahat itu baik kerana orang baik melakukannya juga. Menurut penelitian saya, Benjamin Stephen tetap tidak bisa memvalidkan Injil sebagai kebenaran, meskipun jika Al Qur'an terdapat kesalahan (kalau ada).

Benjamin menjustifikasikan Kristian sebagai sah meskipun ada kesalahan, kerana menurutnya Islam juga melakukan kesilapan yang sama. Jikalau begitulah saja penyelarasannya dengan agama, maka Islam itu sah juga kerana kita bukan saja berjaya menyelesaikan kesilapan tadi, malah memberi bebanan kepada mereka kerana kita ini "lebih sah". Jalan falsafah mudahpun mampu mematahkan segala hujahnya.

3. Hal yang paling melucukan apabila dirujuk pada Surahtul Fatihah, ada tujuh ayat. Kenapa  analisisnya dalan Surahtul Fatihah itu, ayat keenam dihentikan bacaannya. Ini sesuatu kekhilafan yang disengajakan dan sangat berpengaruh dalam menerbitkan mafhum surah. Surah Al Fatihah, ayat 7: 
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Mudah saja menghadapi beliau dengan petikan ayat ini: 
Mufassir Al Qur`anul Karim yang mahsyur, Ibn Kathir menyatakan dalam salah satu hadith hasil riwayat  Sufyan bin Ayyinah bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, mengatakan bahwa golongan yang disebut sebagai " عَلَيۡهِمۡ ٱلۡمَغۡضُوبِ" (bermaksud: kemurkaan ke atas mereka) adalah orang Yahudi dan golongan  "ٱلضَّآلِّينَ(orang yang sesat) adalah orang Kristian. 

Benjamin Stephen mungkin menghentikan bacaan dan analisisnya kerana beliau risau jika ditanya siapakah orang yang "mendapat murka" dan "sesat" itu. Dia takut berhadapan dengan kenyataan bahawa agama yang dipeluknya itu (Kristian) adalah sesat!

4. Kita perlu menyedari bahawa siapapun; termasuk para Anbiya` tidak akan mampu melihat masa depannya (melainkan para Nabi, wali, dsb.). Sentiasa perlukan bimbingan daripada Allah SWT. "Tunjukkanlah kami jalan yang benar" itu sangat jelas menggambarkan betapa perlunya manusia bergantung kepada rahmat Allah dalam apa sekalipun keadaan. Manusia ini adalah makhluk yang pelupa dan sentiasa memerlukan bimbingan.

Nabi Muhammad SAW bukan tidak tahu atau keliru, bahkan dialah orang yang paling berkesedaran pasal perihal jalan yang lurus ini. Baginda pernah melihat syurga dan neraka; pergi ke langit ketujuh dan banyak lagi mukjizat. Mustahil setelah kesemua pemberian mukjizat itu, baginda masih ragu akan dirinya. Menurut saya, hikmah pewahyuan ayat itu jelas menunjukkan betapa seorang nabi sendiripun, sentiasa memerlukan petunjuk dari Allah SWT kerana baginda sendiri tidak tahu apa nasibnya kelak. 


Diharap kesemua empat hujah di atas berjaya menjawab segala kekeliruan dalam hati kita. Saya tidak berani mengatakan ianya sebagai jawapan mutlak, kerana siapa tahu, akan ada jawapan yang lebih hebat dan komprehensif?

Banyak lagi hujah yang akan anda dapati daripada video-video di YouTube. Yang terbaik adalah dengan membaca Al Qur'an, tadabbur dan menganalisisnya dengan hikmah. Rujuki Sibawayh dan ahli nahu Arab; belajar (saya pun sedang belajar sendiri). Ingatlah perintah pertama Allah SWT kepada Nabi Junjungan, Muhhamad SAW; "Iqra (baca)!"

Akhir kata, segala yang baik itu datang daripada Allah, dengan asbabnya saya. Segala yang buruk itu saya kira dan saya akui, adalah kelemahan saya sebagai manusia yang sentiasa memerlukan petunjuk serta hidayah Allah SWT.

*P/S: Sedikit gambar kenangan semasa kem:

Laskar Allah
Puan Hameeda (pensyarah TESL) menyuarakan ketidakpuasan hati dengan sikap para pelajar (terutamanya pelajar TESL) dalam bersosial. Beliau memberikan penerangan yang panjang lebar berkenaan sikap pelajar Muslim yang bukan Muslim pada gaya. Saya berpuas hati dengan luahannya; ada isi beliau yang telah lama saya ingin sebutkan. Biarlah beliau jadi wakil.
Mula berucap..