Telah terjadi perbincangan antara saya dengan seorang teman berkenaan hukum melantangkan suara dalam majlis zikir dan tazkirah selepas solat, sedang ada jemaah sedang bersolat di belakang. Perbincangan memuncak pada satu hadith Nabi yang dipetik dari kitab Fadhlatula `Amal dan sepotong ayat Al Qur'an yang didengarnya:
"Berzikirlah kamu sehingga orang munafiiq mengatakan kamu gila"
Selain daripada itu,ayat 15 Surahtul A'laa menyebut:
وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ
"Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk)."
Meskipun hal ini kelihatan mudah, kita perlu mengambil serius akannya. Terjadi di setiap surau dan masjid,imam dan makmum yang tamat bersolat,membacakan zikir dengan kuatnya,sedang kedapatan orang sedang bersolat.
Kuatnya bacaan zikir/tazkirah/Al Qur'an berkemungkinan mengganggu perhatian mereka terhadap solat yang dilakukan. Kekhusyukan solat akan terjejas. Dalam hal ini, kita perlu melihat maslahah umat-maknanya kebaikannya terhadap umat dan taraf ibadah, mana yang lebih dipentingkan dalam Islam.
Merujuk kepada hadith di atas yang dipetik dari Kitab Fadhlatul Amal, saya berpendapat bahwa amalan berzikir "sehingga kamu dianggap gila" tidaklah semestinya kuat dan lantang. Berkenaan dengan hal ini,perbuatan berzikir dengan perlahan dan berterusan pun boleh meletakkan kita dalam gelaran "sehingga golongan munafiq memanggilmu gila". Mereka yang berzikir dengan kuat tetapi sekejap mungkin tidak dilabelkan sebagai gila, berbanding dengan mereka terkumat-kamit secara berterusan menyebut namaNya.
Berkenaan dengan ayat Al Qur'an yang disebutkan tadi,saya tidak menjumpai terjemahan yang menyamai dengan terjemahan Bahasa Melayu tersebut;
Dr Mohsin:
" And REMEMBER (glorifies) the Name of his Lord (worships none but Allâh), and prays (five compulsory prayers and Nawâfil — additional prayers)."
Pickthall-Audio:
"And REMEMBERETH the name of his Lord, so prayeth"
Abdul Daryabadi:
"And who REMEMBERETH the name of his Lord, and then prayeth."
Yusuf Ali:
"And GLORIFY the name of their Guardian-Lord, and (lift their hearts) in Prayer."
Indonesia:
"Dan dia INGAT nama Tuhannya, lalu dia sembahyang"
Menurut kelima-lima terjemahan ini, tiada disebut berzikir dengan lidah seperti yang diterjemahkan oleh mufasir kita. Bukan dengan lidah, melainkan dengan MENGINGATI nama Allah SWT.
Dalam menguatkan hujah, saya memetik dua hadith yang menyebutkan secara jelas akan hal ini, serta tiga potongan ayat Al Qur'an yang menyokong perbuatan berzikir dengan perlahan.
Dari Said Al Khudri,katanya:"Ketika kami bergerak (pindah) dan sampai ke sebuah pergunungan,kamipun bertasbih dan bertakbir dengan kuat.Lalu,Nabi Muhammad (SAW) bersabda:"Berlembutlah kamu dengan dirimu.Sesungguhnya Dia yang kamu sebut namaNya itu Mendengar apa yang kamu ucapkan.."
-Riwayat Abu Daud.
"Ketika kami membacakan Al Qur'an,Nabi Muhammad SAW menyelak tabir lantas bersabda:"Sesungguhnya orang yang bersolat itu berbicara dengan TuhanNya.Maka janganlah engkau ganggu mereka dengan suaramu.."
-Riwayat Abu Daud
Di sini kita dapat melihat, membaca Al Qur'an pun diseru untuk diperlahankan suara, apalagi zikir dan doa.. maka kepada mereka yang melihat orang bersolat, sedang dia membaca Al Qur'an,berzikir atau sebagainya, perlahankan suara anda. Tidak berkurang pahala amal yang anda lakukan, sama saja.
Surahtul Taahaa,ayat 7:
وَإِن تَجۡهَرۡ بِٱلۡقَوۡلِ فَإِنَّهُ ۥ يَعۡلَمُ ٱلسِّرَّ وَأَخۡفَ
"Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi."
Surahtul Mulk,ayat 14:
وَأَسِرُّواْ قَوۡلَكُمۡ أَوِ ٱجۡهَرُواْ بِهِۦۤۖ إِنَّهُ ۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ
"Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."
Malah,berbuat dosapun dalam hatipun,dapat diketahui olah Sami'ul Basiir. Surahtul Insyiiqaq,ayat 23:
إِنَّهُ ۥ كَانَ فِىٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورً
"Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati."
Sebagai penutup, hayatilah dan amalkan satu hadith Nabi Muhammad SAW ini; "Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat". Jika terdapat kesilapan dan ralat yang perlukan diperbetulkan, maklum secepatnya. Wallahu'alam fis sawab. Salaam,
وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
No comments:
Post a Comment