Bismillahir Rahmanir Rahiim..
Hujah Yang Mengatakan 'Cinta Terhadap Dunia Tidak Abadi'
Intro : Manusia hanya mahir mengatakan bahawa cinta materii tidak kekal selamanya. Malangnya, hanya segelintir yang berupaya memberikan hujah untuk menguatkan idea ini.
#1 : Material terbatas di dalam lingkungan masa, ruang dan jirim. Tiga sifat ini menjadikan sesuatu itu boleh terurai dilarutkan masa dan sememangnya sifat jirim itu berpenghujung. Dengan ini, kita mampu memahamkan bahawa sumber cinta tadi--yakni material--pasti akan musnah. Maka secara kronologinya, cinta yang dipupuk tadi akan lenyap.
#2 : Material tidak mampu memberikan ruang sebesar apa yang jiwa kita mampu beri. Ianya statik, tidak dinamik, stagnan dan kaku. Ini menjadikan cinta kelihatan seakan-akan tidak bernyawa. Dan jika dibayangkan cinta itu menjadi suatu hidupan, ianya tidak lebih dari bangkai yan memburuk.
#3 : Cinta material menjauhkan manusia dari Sumber cinta itu sendiri; yakni Tuhan. Tuhan seperti yang kita tahu tidak berjisim, tidak terlingkung oleh kurvatur masa serta segala apa hukum yang kita ketahui. Sedangkan materii itu tersabit oleh peraturan-peraturan alam. Dengan ini, kita dapat melihat kebutuhan cinta untuk kembali kepada sifatnya sebagai sesuatu yang abstrak. Cinta bukanlah sesuatu yang subjektif dan sepatutnya bukanlah sesuatu yang relatif. Kerana cinta itu lebih kepada ruuh alam; sesuatu yang tidak dapat disangkal lagi sebagai sesuatu yang mutlak.
Bukanlah untuk menyatakan bahawa cinta tiada peraturan sehingga manusia boleh berbuat sesuka hati, malah menyucikan lagi cinta dari pengaruh nilai materii. jika benar cinta itu bersifat sedemikian (tidak bebas dari nilai materii), maka tentu tidak mustahil untuk mendapat sekilo cinta, atau semeter kasih dsb.
Konklusi : Jika sesuatu perhubungan itu membawa kepada keinginan menyentuh berbanding kepuasan manyayangi, maka putuskanlah perhubungan itu. Ia bukanlah cinta atau fitrah, melainkan nafsu serta fitnah.
Dalam pada ini, Islam tidak dan langsung tidak menegah keperluan bersaudara dan berkasih sayang. Baca Surahtul Hujuraat, ayat 9-11 untuk keterangan lanjut atau pergi ke sini. Wallahua'lam :)
No comments:
Post a Comment