Friday, October 21, 2011

Ketuhanan Maryam Dalam Kristian

"3. Mazhab atau Kerajaan Malkani (kerana utusan permaisuri menghadhiri pertemuan yang mengambil keputusan yang di-sokong oleh permaisuri dan nama ini dari orang Arab). Mazhab ini berpendapat bahawa Maryam me-lahirkan sa-orang Tuhan, ia-itu Jesus Al-Masih. Dia dengan Bapa-nya dalam tabi`at kemanusiaan. Mereka menyaksikan bahawa Al-Masih ada-lah dua tabi`at, satu oknum dan satu muka"-
-'Perbandingan Agama Masehi' oleh Prof. Dr. Ahmad Shalaby, B.A (Hons.) Universiti Qahirah; PhD Cambridge University, trans. Dr Fuad Muhammad Fakhruddin. 

1966 Konferensi Ephesus I pada 431 Masihi memutuskan bahawa Maryam melahirkan seorang Tuhan

-ekstrak ibid., m/s 121.

Pengaruh Neo-Platonisme mungkin ada sangkut-pautnya dalam hal ini. Tahulah mereka ni, kadang-kadang terlalu bergantung dengan akal, dan kadang-kadang tidak guna akal langsung. Mungkin apabila kepercayaan Maryam melahirkan Tuhan terbit, di situlah juga titik permulaan penyembahan Maryam. Penyembahnya adalah pengamal 'mariolatry' atas sebab gelaran 'hyperdulia' (baru ingat, alhamdulillah).

Saya tidak pasti, tetapi Pastor Deacon Fred kata penyembah Mary adalah Katolik. But here is an excerpt that suggests so; a Catholic prayers by a prominent Catholics to Virgin Mary:
"Holiest Virgin, with all my heart I WORSHIP THEE above all the angels and saints in paradise... I consecrate my soul and all its powers...I WORSHIP THEE the spouse of the Holy Ghost..."
-'Devotions to Our Blessed Lady, All for Jesus: Approved Devotions and Prayers for Church and Home', page 283. Imprimatur: John Cardinal McCloskey, Archbishop of New York, March 13, 1884.

Thursday, October 20, 2011

Berkenaan Keharaman Wanita Menziarahi Kubur


Perkuburan Baqi' di Madinah al-Munawarah
Beberapa hari lalu, penulis telah terlibat dalam sebuah perbahasan kecil dengan seorang saudara berkenaan hukum wanita mengunjungi kubur. Dengan jahilnya penulis mengatakan ianya haram, sedang saudara tadi mengharuskannya. Perbahasan tidak berjalan lancar, disebabkan ketiadaan dalil unuk mengukuhkan pendapat masing-masing.

Rasa bersalah dan tidak puas hati bergenang, menjentik keinginan penulis untuk melihat semula situasi ini dengan dalil. Berikut merupakan bentangan dalil yang penulis kira, agak komprehensif dan jamil. 

Hukum wanita berziarah ke kubur

Menurut Syeikh Atiyyah Saqr dalam buku beliau, 'Soal Jawab: Wanita Islam' muka surat 195, terdapat lima pendapat yang dipegang oleh `ulama. Meskipun beliau sendiri menyimpulkan pada akhir topik bahawa ianya tidak haram, selagi adab yang diaturkan dalam Islam tidak dilanggar. Keempat-empat pendapat itu, adalah:

1. Haraam

Haram secara mutlak atas dalil dari hadith Rasulullah SAWS yang mafhumnya,
"Allah melaknat para wanita yang suka menziarahi kubur"  (HR. Tirmizi, dengan darjat hadith yang hasan; sahih. Turut diriwayatkan Ibnu Majah dan Ahmad r.a)
Begitupun, sebahagian `ulama melihat keharamannya pada kekerapan seseorang wanita itu menziarahi sesebuah kubur. Hal ini kerana lafaz zaurah dalam bahasa `Arab yang menunjukkan man sighal mubalaghah yang ertinya melampaui batas atau kerap atau sering. 

Ada juga golongan `ulama yang mengharamkan perbuatan menziarahi kuburan oleh wanita kerana ada kekhuatiran timbulnya mafsadah dan keburukan; atas kefahaman bahawa kemungkinan akan terjadi fitnah. Menurut penulis, tidak mustahil golongan `ulama yang berpendirian sebegini menggunakan teknik saddu zara`ie. Selain itu, menurut wanita mudah meraung dan meronta dengan pemergian sesuatu ataupun mengingati mereka yang sudah meninggal dunia. Sedang terdapat hadith yang mencela wanita meronta-ronta:
"Bukanlah termasuk golongan kami orang-orang yang menampar pipi mereka dan mengoyak-ngoyakkan baju mereka dan menyeru-nyeru (mayat) sebagaimana seruan kaum Jahiliyah." (Mutafaqun Alaih)
Pada umumnya, wanita sukar untuk menolak kebiasaan seumpama yang disebutkan dalam hadith di atas. Hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Athiah menguatkan pernyataan tersebut, dia berkata, 
"Rasulullah SAWS telah mengingatkan kami supaya kami tidak meronta-ronta pada saat kematian seseorang, tidak ada yang dapat melaksanakannya selain lima orang sahaja; Ummu Salim, Ummu `Ala, Ibn Abi Sibrah dan isteri Mu`adz dan seorang perempuan lagi. Dan tatkala  isteri Ja`far bin Abi Thalib meronta-ronta  atas syahidnya Ja`far , Rasulullah SAWS memerintahkan seorang lelaki untuk melarang mereka dari berbuat demikian namun tidak seorangpun dari mereka mendengarkan amaran lelaki tersebut, lalu baginda Rasulullah SAWS memerintahkan lelaki tersebut agar menyumbat mulut mereka dengan tanah." (Ummu Atiyyah dalam buku Syeikh Atiyyah Saqr)
3. Makruh

Dalilnya disandarkan pada hadith bertaraf mutafaqun alaihi daripada Ummu Athiah tentang larangan menghantar jenazah-jenazah, dia berkata, 
"Kami dilarang untuk menghantar jenazah tetapi tidak ditegaskan kepada kami."
Al-Hafiz Ibn Hajjar di dalam kitabnya 'Fathul Bari' telah berkata bahawa,
" '...tidak ditegaskan' di sini bermaksud bermaksud adalah tidak ditegaskan larangan menziarahi kubur kepada kami sebagaimana penegasan terhadap perbuatan terlarang lain, di sini seakan-akan Ummu Athiah berkata bahawa 'kami dilarang tetapi tidak diharamkan'."
Al-Qurtubi menyatakan bahawa zahir susunan ayat kata-kata Ummu Athiah di sini bermaksud larangan yang mendekati haram atau karahan tanzih, kerana ziarah kubur diqiyaskan dengan menghantar jenazah. Hukumnya makruh bagi mereka.

Berkenaan kutukan terhadap wanita yang menziarahi kubur itu, Imam Qurtubi meng`usulkan suatu resolusi, di mana beliau pernah berkata,
"Kutukan yang tersebut dalam hadith itu hanyalah bagi wanita-wanita yang terlalu sering berziarah, sebagai dimaksudkan dengan sighat mubalaghah. Dan mungkin sebabnya kerana tersianya hak suami, memeperagakan diri dan kemungkinan menangis, meratap dan sebagainya. Dan bisa dikatakan jika semuanya boleh diatasi, maka tidak ada alasan buat untuk tidak mengizinkan mereka. Kerana mengingati maut itu sama diperlukan baik untuk lelaki mahupun perempuan."
Asy-Syaukani, ketika mensyarahkan pendapat Imam Qurtubi ini, berkata,
"Pendapat inilah yang seharusnya dipegang, dalam menghimpun hadith-hadith tentang masalah ini, yang pada zahirnya bertentangan."
4. Boleh

Berdasarkan hadith dari Saidatina `Aisyah r.a ketika beliau menziarahi perkuburan Baqi' dan setibanya di sana ia bertemu dengan Rasulullah SAWS tetapi baginda tidak melarangnya bahkan mengajarkannya bacaan ketika memasuki perkuburan, yang bermaksud,
"Semoga kesejahteraan ke atas kamu wahai penghuni kubur yang mukmin dan Muslim, dan Allah mengasihi orang yang meninggal terlebih dahulu yang meninggal kemudiannya" (HR. Imam Muslim)
Abi Malikah pernah juga mencatatkan peristiwa yang menyokong pendapat ini:
Saya bertemu Saidatina `Aisyah r.a yang baru pulang dari kubur, dia bertanya kepada beliau,
"Dari manakah kamu, wahai Ummul Mukminin?". Lalu beliau menjawab, "Dari kubur saudaraku Abdul Rahman". Lalu aku bertanya, "Bukankah Rasulullah SAWS melarang kita daripada menziarahi kubur?". Beliau menjawab, "Benar, baginda pernah melarang kita daripada menziarahi kubur, kemudian baginda memerintahkan untuk menziarahinya." (HR. Al-Hakim dan Baihaqi, sahih menurut Az-Zahabi. Menurut Baihaqi, pada sanadnya terdapat Bushtam bin Muslim al-Basri, yang meriwayatkannya seorang diri.)
Terdapat juga hadith yang disepakati Imam Muslim dan Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh `Anas bin Malik ra. Ia menyebutkan suatu peristiwa di mana Rasulullah SAWS melarang seorang wanita yang menangis di perkuburan untuk menghentikan tangisannya dan menyuruhnya bersabar serta bertakwa kepada Allah SWT. Tangisan dan rontaannya itulah yang Rasulullah SAWS benci, sedangkan Baginda tidak melarangnya daripada menziarahi kubur tersebut.

5. Sunat

Pendapat hukum menziarahi kubur oleh golongan wanita sebagai sunat disandarkan pada taraf perintah Baginda SAWS yang bersifat umum (melibatkan semua manusia) ketika baginda SAWS menyebutkan "fazuuruuha" yang maksudnya, "maka ziarahilah kubur" Ada juga yang berpendapat bahawa perintah ini hanya untuk lelaki kerana damir (kata ganti) yang digunakan adalah untuk lelaki bukan perempuan, demikianlah menurut mazhab yang terpilih pada `Usul Fiqh, tetapi pendapat ini tidak kuat kerana terdapat banyak perintah-perintah bagi setiap Muslim dan Muslimah menggunakan kata ganti seperti ini sedang sekiranya pengkhususan memerlukan lafaz yang lebih menegaskan dan menunjukkan kekhususan.

Wallahu`alam.

Tuesday, October 18, 2011

Erti Aku

Bangunku dari tidur, kuhembus nafas bersyukur,
Kuhenjak keinginan takbur,
Amal dan ilmu kutabur,
Takkan kuundur biar kugugur.

Biarlah seluruh jiwaku lebur,
Dalam rahmat Tuhan kuakur,
Iman mekar dan melakur,
Menjadi benih-benih tafakur.

Duniaku ini akan hancur,
Amal dan dosaku kan diukur,
Bilaku kalah, pada pintu syurga ku;
Kutersungkur.

Saturday, October 15, 2011

Berkenaan Mengharamkan Tadarus, Tazkirah & Seumpamanya Sebelum Adzan Subuh

Bismillahir Rahmanir Rahiim.

Baru-baru ini, negara kita digoncangkan oleh satu lagi polemik yang berupa gimik politik. Polemik ini tersebar ke seluruh ceruk bumi di negeri-negeri Pembangkang, dan menjadi modal bagi sesetengah pihak dalam mempopularkan tradisi perjuangan mereka. Isu yang dimaksudkan adalah perihal memperdengarkan tadarus Al-Qur'an dan tazkirah sebelum azan dikumandangkan (khusus: fardhu Subuh).

Atas rasa ingin tahu, saya meminjam buku seorang saudara yang memuatkan ratusan hadith berkenaan pelbagai masa`il dalam Islam, yakni buku 'Fikih Sunnah', hasil usaha `ulama tersohor, Syeikh Sabiq. Kitab ini dilembarkan dalam dua buku; pada buku pertama ada kompilasi empat jilid dan dalam buku kedua, ada empat jilid lagi. 

Persoalan berkenaan hukum bertadarus dan bertazkirah dengan lantang sebelum masuk waktu termuat dalam jilid pertama, perkara kesepuluh, muka surat 217 sehingga 216. Bagi memendekkan perbincangan sekali gus mengurangkan pentafsiran yang bukan-bukan, saya hanya akan menuliskan di bawah ini pendapat beberapa `ulama Islam terdahulu.

Fikih Sunnah, Jilid I, di bawah Perkara ke-10: AZANl; (21) 'HAL2 YANG DITAMBAHKAN KE DALAM AdZAN DAN TIDAK TERMASUK DI DALAMNYA; 4. Adzan Tasbih Sebelum Fajar', ms/ 217. Alih bahasa: Mahyudin Syaf.

Berkata pengarang buku, Al-`Iqna' dalam syarahnya, yakni sebuah buku golongan Hanbali: 
"Dan selain adzan sebelum fajar, berupa tasbih, melagukan dan mengeraskan suara dengan do`a dan lain-lain yang semacam itu di tempat-tempat adzan, tidaklah termasuk sunnah."
Dan tidak seorangpun di antara `ulama yang mengatakannya sunat, sebaliknya itu termasuk perkara bid`ah yang dibenci, kerana tiada dijumpai pada masa Nabi Muhammad SAWS dan tidak pula pada masa para Sahabatnya r.a, di samping tidak mempunyai dasar pada zaman mereka itu yang dapat dipertanggungjawabkan. Dari itu, janganlah seseorang memerintahkan hal demikian, dan tidaklah boleh ia menyangkal orang yang meninggalkannya, serta janganlah ia menggantungkan penerimaan rezeki dengan itu, kerana itu bererti menggalakkan perkara bid`ah yang tidak boleh dilakukan, walaupun umpamanya disyaratkan oleh yang memberikan wakaf, kerana itu menyalahi Sunnah.

Dan dalam buku 'Talbisu Iblis' karangan `Abdurrahman Al-Jauzi tersebut: 
"Dan saya melihat sendiri banyak orang yang berjaga di atas menara pada waktu malam buat memberi nasehat dan pengajaran, berdzikir dan membaca salah-satu surah Al-Qur`an dengan suara keras, hingga mengganggu orang tidur dan mengacau bacaan orang yang sedang solat tahajjud, dan ini adalah perkara mungkar!"
Berkata Al-Hafiz dalam 'Al-Fath', 
"Dan apa yang dibuat-buat oleh orang berupa tasbih sebelum Subuh dan salawat Nabi sebelum Juma`at, tidaklah termasuk adzan, baik menurut loghat, mahupun dalam syarak."
Kesukaran Yang Perlu Diperjelas

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kemusykilan yang perlu dijelaskan oleh pihak yang baharu saja memfatwakan hukuman ini, iaitu kenapa baru kini perkara ini dijelaskan/difatwakan? Hanya setelah pihak syarikah menginginkan, baharulah perkara ini diselidiki oleh para `ulama Pembangkang. Ini melahirkan sentimen kurang enak berkenaan daulah sebenar umat Islam.

Selain itu, saya secara peribadinya belum menemukan mana-mana hadith yang boleh memusnahkan tentangan yang dibuat oleh pihak yang membela kehalalan melaksanakan tazkirah/tadarus. Semuanya digantungkan pada pendapat `ulama, dan untuk itu, khilaf bisa membuka jalan kepelbagaian. InshaAllah, saya akan cuba mencarinya juga.

Wallahu`alam bitsawwab.

Sunday, October 2, 2011

Merenung Solat


Salaam. Pos ini ditulis sebagai respon terhadap pandangan sesetengah pihak yang memandang ringan hukum kewajiban solat.

Cuba kita renungkan...

Jikalau satu rakaat mengambil masa 1.5 minit, maka 17 rakaat solat fardhu kita sehari semalam cumalah berdurasi 25.5 minit. Dalam seminggu, 178.5 minit, dalam sebulan 765 minit, dan dalam setahun 9307.5 minit, bersamaan 155.125 jam. 

Sekarang bayangkan pula umur kita mencecah 60 tahun (menurut hadith yang saya pernah baca), dan umur mukallaf kita adalah sepuluh tahun (umur diwajibkan bersolat), maka jangka masa diperintahkan bersolat adalah lima puluh tahun. Ini bermakna- jika solat lima waktu dijalankan secara konsisten selama waktu lima puluh tahun itu, sebenarnya, kita hanya membelanjakan 0.85 tahun daripada keseluruhan usia kita untuk bersolat. Ini bersamaan 1.417% dari keseluruhan hayat kita.

Begitupun besar nikmat Allah SWT, dan sungguhpun begitu ringan ibadah yang Dia Perintahkan, suruhan itu masih terlalu berat untuk kita laksanakan. Bahkan, ada yang tidak melaksanakannya langsung, mendabik dada di muka bumi Allah dengan kesenangan dan limpah kenikmatan yang dia ada.

Signifikan solat dalam Islam















Solat dalam Islam mempunyai banyak kepentingan. Dan setiap satu kepentingan menjadi dasar atau identiti Islam itu sendiri. Setiap perlakuan dan ucapan di dalamnya merupakan simbolik hidup sebagai Muslim. Sheikh Al-Akbar Ibnu `Arabi (r.a) dalam buku beliau, 'Jalan Selamat Menuju Allah SWT' mengatakan bahawa:

  1. Wudhu adalah simbolik kebersihan dan airnya adalah simbolik kebijaksanaan.
  2. Pemaduan seluruh umat mukmin terhada kiblah yang satu melambangkan kesatuan tauhid mereka.
  3. Surah Al-Fatihah merupakan dialog Tuhan dan hamba-Nya, dan di tengahnya ada kunci kesedaran.
  4. Ruku' melambangkan kelemahan haiwani kita.
  5. Bangkit bertama'ninah melambangkan pengembalian kemanusiaan.
  6. Bersujud melambangkan kesyukuran (menurut Hujjatul Islam, Syeikh Ahmad Deedat, ianya melambangkan keTinggian Darjat Allah SWT).
  7. Duduk antara dua sujud melambangkan Kebangkitan dan Hari Pengadilan.
  8. Memberi salam menjadi simbolik kehilangan kita tempat bergantung kita di sana nanti. Di kiri dan kanan tiada sesiapa melainkan diri kita.
Selain itu, solat juga menjadi seakan cop mohor/stempel/kad identiti seseorang Muslim. Menurut hadith dari Jabir bin Abdullah (r.a), hasil riwayat Imam Ahmad dan Muslim, tanpa mengerjakan solat (dengan tiada ke`uzuran) seseorang itu jatuh kafir. Meskipun para `ulama mentafsirkan bahawa hadith itu hanya untuk mereka yang mengingkari kewajipan solat, Ibnu Mubarak, Abdullah bin Mas`ud (r.a) dan Para Sahabat (r.a) tetap berpendapat bahawa meninggalkan solat fardhu itu membatalkan keIslaman. Wallahu`alam.

Dan kepentingan terakhir solat adalah untuk mensucikan diri. Terdapat banyak penyucian berlaku sepanjang proses solati itu berlaku. Ini dibuktikan dalam Surahtul A`laa, ayat 14 dan 15. Antara contoh penyucian itu ialah:
  1. Wudhu' menyucikan diri secara lahiriah. 
  2. Penetapan pada satu kiblah menyucikan diri dari keegoan. Mukmin yang sejati tidak akan bertanya kenapa Ka`bah dan bukan Baitul Maqdis, sebaliknya dia akan patuh dengan rasa rendah hati dan berserah terhadap penetapan itu.
  3. Pembacaan ayat-ayat Al-Qur`an di dalamnya mmenyucikan fikiran dan jiwa dari perkara-perkara buruk dan zalim. Atas alasan inilah, Rasulullah SAAS pernah memberikan jaminan tidak akan melakukan kemungkaran seseorang itu, jika solat dilaksanakan dengan sempurnanya.
  4. Penyucian diri melalui solat fardhu lima kali sehari diumpamakan sebagai mandi lima kali sehari.

Saturday, October 1, 2011

Lesley Hazleton- a Fresh, Neutral Author


You may have heard about the Koran's idea of paradise being 72 virgins. And I promise I will come back to those virgins. But in fact, here in the northwest, we're living very close to the real Koranic idea of paradise, defined 36 times as "gardens watered by running streams." Since I live on a houseboat on the running stream of Lake Union, this makes perfect sense to me. But the thing is, how come it's news to most people? I know many well-intentioned non-Muslims who've begun reading the Koran, but given up, disconcerted by its otherness. The historian Thomas Carlyle considered Muhammad one of the world's greatest heroes, yet even he called the Koran, "As toilsome reading as I ever undertook, a wearisome, confused jumble."

(audience laughing)

Part of the problem, I think, is that we imagine that the Koran can be read as we usually read a book - as though we can curl up with it on a rainy afternoon with a bowl of popcorn within reach, as though God - and the Koran is entirely in the voice of God speaking to Muhammad - were just another author on the best-seller list. Yet the fact that so few people do actually read the Koran is precisely why it's so easy to quote - that is, to misquote. Phrases and snippets taken out of context in what I call the highlighter version, which is the one favored by both Muslim fundamentalists and anti-Muslim Islamophobes.

So this past spring, as I was gearing up to begin writing a biography of Muhammad, I realized I needed to read the Koran properly - as properly as I could, that is. My Arabic's reduced by now to wielding a dictionary, so I took four well-known translations and decided to read them side-by-side, verse-by-verse along with a transliteration and the original seventh century Arabic. Now I did have an advantage. My last book was about the story behind the Shia-Sunni split, and for that I'd worked closely with the earliest Islamic histories, so I knew the events to which the Koran constantly refers, its frame of reference. I knew enough, that is, to know that I'd be a tourist in the Koran - an informed one, an experienced one even, but still an outsider, an agnostic Jew reading some else's holy book. (audience laughing) So I read slowly. (audience laughing) I'd set aside three weeks for this project, and that, I think is what is meant by hubris. (audience laughing) Because it turned out to be three months. I did resist the temptation to skip to the back where the shorter and more clearly mystical chapters are.

But every time I thought I was beginning to get a handle on the Koran - that feeling of "I get it now" - it would slip away overnight. And I'd come back in the morning wondering if I wasn't lost in a strange land. And yet the terrain was very familiar. The Koran declares that it comes to renew the message of the Torah and the Gospels. So one-third of it reprises the stories of Biblical figures like Abraham, Moses, Joseph, Mary, Jesus. God himself was utterly familar from his earlier manifestation as Yahweh - jealously insisting on no other gods. The presence of camels, mountains, desert wells and springs took me back to the year I spent wandering the Sinai Desert. And then there was the language, the rhythmic cadence of it, reminding me of evenings spent listening to Bedouin elders recite hours-long narrative poems entirely from memory. And I began to grasp why it's said that the Koran is really the Koran only in Arabic.

Take the Faatihah, the seven-verse opening chapter that is the Lord's prayer and the Shema Israel of Islam combined. It's just 29 words in Arabic, but anywhere from 65 to 72 in translation. And yet the more you add, the more seems to go missing. The Arabic has an incantatory, almost hypnotic, quality that begs to be heard rather than read, felt more than analyzed. It wants to be chanted out loud, to sound its music in the ear and on the tongue. So the Koran in English is a kind of shadow of itself, or as Arthur Arberry called his version, "an interpretation." But all is not lost in translation.

As the Koran promises, patience is rewarded, and there are many surprises - a degree of environmental awareness for instance and of humans as mere stewards of God's creation, unmatched in the Bible. And where the Bible is addressed exclusively to men, using the second and third person masculine, the Koran includes women - talking, for instance, of believing men and believing women - honorable men and honorable women. Or take the infamous verse about killing the unbelievers. Yes, it does say that, but in a very specific context: the anticipated conquest of the sanctuary city of Mecca where fighting was usually forbidden. And the permission comes hedged about with qualifiers. Not, you must kill unbelievers in Mecca, but you can, you are allowed to, but only after a grace period is over and only if there's no other pact in place and only if they try to stop you getting to the Kaaba, and only if they attack you first. And even then - God is merciful, forgiveness is supreme - and so, essentially, better if you don't. (Laughter) This was perhaps the biggest surprise - how flexible the Koran is, at least in minds that are not fundamentally inflexible.

"Some of these verses are definite in meaning," it says, "and others are ambiguous. The perverse at heart will seek out the ambiguities trying to create discord by pinning down meanings of their own. Only God knows the true meaning." The phrase "God is subtle" appears again and again. And indeed, the whole of the Koran is far more subtle than most of us have been led to believe. As in, for instance, that little matter of virgins and paradise. Old-fashioned orientalism comes into play here. The word used four times is Houris, rendered as dark-eyed maidens with swelling breasts, or as fair, high-bosomed virgins. Yet all there is in the original Arabic is that one word: Houris. Not a swelling breast nor a high bosom in sight. (Laughter) Now this may be a way of saying pure beings - like in angels - or it may be like the Greek Kouros or Kór.

-a quote from an agnostic-Jews writer, Lesley Hazleton in her talk: 'On Reading the Koran'

Religious Bias


Nice instance for religious bias: a boy in USA saw a dog, attacking a girlHe kicked the dog and it died.

News: "Local Hero Saved Girl From Canine Assault"

Boy: I'm not American.

Report changed: "Foreign Hero Saved Girl From Dog"

Boy: Actually I'm a Muslim, from Pakistan.

Breaking News: "Muslim-Pakistani Terrorist Killed Innocent Dog During Its Playtime A Girl"

[P/S: From a friend, and rather true]

Tuesday, September 20, 2011

Europeans' Wonder Upon Him (SAAS)

"The greatest success of Mohammad’s life was effected by sheer moral force."“It is not the propagation but the permanency of his religion that deserves our wonder, the same pure and perfect impression which he engraved at Mecca and Medina is preserved after the revolutions of twelve centuries by the Indian, the African and the Turkish proselytes of the Koran...The Mahometans have uniformly withstood the temptation of reducing the object of their faith and devotion to a level with the senses and imagination of man. ‘I believe in One God and Mahomet the Apostle of God’ is the simple and invariable profession of Islam. The intellectual image of the Deity has never been degraded by any visible idol; the honors of the prophet have never transgressed the measure of human virtue, and his living precepts have restrained the gratitude of his disciples within the bounds of reason and religion.” 
-Edward Gibbon and Simon Oakley in ‘History of the Saracen Empire,’ London, 1870.

"The lies (Western slander) which well-meaning zeal has heaped round this man (Muhammad) are disgraceful to ourselves only.""A silent great soul, one of that who cannot but be earnest. He was to kindle the world, the world’s Maker had ordered so." 
-Thomas Carlyle in 'Heroes and Hero Worship and the Heroic in History' 1840.

Fana

Setelah seharian sibuk bekerja, dari pagi ke malam sehingga kadangkala melupakan kewajiban, tutuplah mata anda dan bayangkan segala apa yang anda miliki dan setiap manusia yang berdiri di sisi anda sekarang. Bayangkan kilasan wajah mereka satu-persatu yang senyum dan yang bersedih, dan sebilangan yang punya ekspresi seakan mengharap anda datang kepada mereka, memberi pertolongan. Setelah kaulakukan itu, bayangkan satu demi satu khayalan tadi lenyap dari penglihatan dan terhumban ke dalam suatu kegelapan. Satu demi satu, semuanya hilang jauh dari anda, bahkan pakaian yang anda pakai terlucut dan turut sirna. Cahaya yang memancar dari arah atas semakin kelam dan akhirnya padam. Dalam keadaan fitrah, anda kini sendiri.

Saat itu anda dalam kegelapan dan mungkin menangis. Menjerit, “Ibu! Ibu!!!” atau “Ayah!!! Ayahhh!!!!!”, meminta belas mereka yang tersebut untuk diselamatkan dari siksaan tidak berdarah itu. Kepala dipusingkan kesana-kemari mencari arah cahaya agar dapatlah melangkah keluar dari dunia tanpa apa-apa itu. Sahutan manusia yang anda harapkan, tiada.

Kawan, perkara ini akan berlaku suatu hari nanti, di mana tiada siapa- bahkan insan yang melahirkan kitapun- yang mampu membantu. Hari di mana kita dengan diri-sendiri serta tanggungjawab yang telah kita ikrar akan laksanakan sewaktu berada di rahim ibu dahulu. Hari kita berpisah untuk selamanya dari apa yang kita sayang. Hari perpisahan yang kita tiada punya masa untuk mengucap selamat tinggal kepada insan-insan yang kita kenali di dunia ini.

Ketika itu, yang dipikul di bahu cumalah amalan dan dosa. Harta yang dibanggakan tidak mampu membayar jalan keluar dari kegelapan itu. Kereta yang serba mewah hanya mampu mengenderai dunia, sedangkan akhirat ia tiada makna. Rumah yang dahulunya memberikan kedinginan dan kehangatan pada masa yang sama turut punah fana. Kawan-kawan... kawan-kawan yang selalu berhibur bersama tiada di sisi, kerana mereka juga sedang menghidupi dunia kegelapan itu. Gelak ketawa mereka dan gelagat pelbagai tiada lagi untuk memberikan selengkung senyum pada wajah kita.

Dan hanya pada Allah sahaja penyelesaiannya. Kembalilah kepadaNya, tinggalkan semua kemewahan dunia yang kita akan tinggalkan, mungkin sebentar sahaja lagi. Tunduklah pada kekuasaanNya dan peraturan yang Dia sudah utarakan. Menangislah depan Dia dengan ketidaksanggupan kita untuk meninggalkan segala ini.
Berdoalah kepadaNya.

Sunday, September 18, 2011

Kefahaman

[...] Dengan pandangan Islam yang seperti ini di dalam melihat ‘persamaan’, akan terwujudkan keamanan sosial manusia bagi individu mahupun kelas, iaitu saat ‘keseimbangan persamaan’ menghilangkan ketakutan ketidakadilan sosial dan kezaliman ekonomi di tengah masyarakat. Dan, saat kita menggantikan filasafat ‘benturan’ dengan filasafat ‘kompetisi’, kita sedang mengamankan masharakat dari bahaya ‘benturan-benturan berdarah’ yang telah dialami dan diusahakan untuk dihilangkan oleh masharakat-masharakat yang ditata oleh filasafat-filasafat sosial yang berbeda dengan moderasi Islam. [...]

-dipetik dari buku ‘Islam dan Keamanan Sosial’, tulisan Dr Muhammad `Imarah, mukasurat 126.


[...] Manusia sebagai seorang individu zoon politicon (makhluk sosial) yang ditakdirkan dan dituntut oleh hajat dan keamanan hakikinya untuk hidup bermasharakat. Oleh kerana itu, meskipun keamanan-keamanan itu dimulai dari lingkup individual, namun ia tidak akan mencapai kesempurnaan dan terwujudkan dengan baik kecuali jika ruang lingkupnya mencakup sosial, kemasharakatan dan peradaban. [...]

-dipetik dari buku ‘Islam dan Keamanan Sosial’, tulisan Dr Muhammad `Imarah, mukasurat 21.


[...] Apabila sosialisme dan komunisme tidak mengiktiraf usaha-usaha individualistik, fahaman kapitalisme pula mengendahkan golongan individu yang tidak berkemampuan dan tidak berkeupayaan untuk mengusahakan sesuatu bagi meneruskan kehidupan. Ketika ateisme menbuncah kewujudan Tuhan atas justifikasi prima facie yang samar-samar, politeisme menghina kedaulatan Tuhan dengan mencerakinkan ia kepada bahagian-bahagian Tuhan yang tertentu yang kita sedia maklum, bukan suatu ciri Tuhan. Di sebalik segala konflik ini, Islam datang dengan sifat yang sangat moderat [...]

-dipetik dari artikel ‘Pada Pentas Keadilan’, tulisan J Janousse.

Saturday, September 17, 2011

Dunia

[...] Ajarkanlah kata-kata Allah dalam Kitab suciNya dan perilaku Islami yang baik kepada anak-anakmu Pastikanlah mereka mampu melaksanakan apa yang kamu ajarkan kepada mereka. Lakukanlah hal ini tanpa mengharapkan balasan apapun dari mereka. Sejak kecil, ajari mereka untuk dalam menghadapi kesulitan, untuk bersabar dan berfikir. Jangan letakkan cinta dunia di dalam hati mereka. Asuh mereka untuk tidak mencintai apapun di dunia ini yang bakal menjadikan mereka sombong seperti kemewahan baju-baju indah, makanan yang lazat-lazat serta impakdan kesan dari cita-cita dan keinginan. Sebab, jika semua ini senantiasa diperolehi, mereka akan dikurangkan daripada kebaikanyang merupakan hak mereka di akhirat. Jangan biarkan mereka terbiasa dengan barang-barang yang mewah, hentikanlah kebiasaan mereka ini. Berhati-hatilah agar hal ini, yang kelihatannya keras, tidak pula menimbulkan watak kikir dalam dirimu terhadap anak-anakmu Lakukanlah ini dengan memerhatikan dan mengikuti aturan agamamu [...]

-dipetik dari penulisan Ibnu `Arabi, ‘Jalan Selamat Menuju Allah’, mukasurat 16.

Tuesday, September 6, 2011

Penghargaan Terhadap Islam Oleh John Hick

"Dalam Islam, ada kepercayaan kuat bahawa Muhammad SAWS adalah penutup para Nabi dan bahawa melalui Al Qur`an, Tuhan telah menurunkan kepada manusia agama sejati, membicarakan dirinya-sendiri, dan menyempurnakan semua wahyu sebelumnya. Dengan demikian, sementara seorang Muslim harus menyatakan penolakan secara halus kepada mereka yang menganut keimanan terhadap tradisi Abrahamik lainnya, dan bahkan mungkin, dalam beberapa tafsiran, memperluas konsep Al Qur`an tentang ahlulkitab yang mencakup pemeluk Hindu Buddah, Konfusius dan Tao namun ia akan menahan di samping kitab Yahudi dan Nasrani, namun ia akan tetap menahan makna kuat dari kedudukan unik Al Qur`an. Di sini firman Allah bersifat mutlak, final, desisif dan memerintah yang semua orang harus tunduk dan mematuhinya. Dan keyakinan semisal itu, lagi-lagi, tentu saja tidak menndorong pengakuan pluralisme keagamaan yang utuh dan sempurna."
'Problem of Religious Pluralism', halaman 48-49, John Hick

Monday, September 5, 2011

Identifikasi Keselamatan

Saya ada satu persoalan yang sangat mengganggu imaan. Kalau ada ke`arifan, silalah kemukakan jawaban. Saya jenis terbuka, tidak kiralah pendapat `ulamakah atau pndapat peribadi. Soalannya: 
Jika Islam adalah fitrah kelahiran seseorang, adakah manusia yang lahir serta hidup tanpa dedahan politeisme, diesme, ateisme, dan dsb.; tetapi beriman atas keupayaan sendiri lantaran menjadi tidak tahu (qashhir) tentang Islam atas alasan Al-Qur'an tidak sampai kepadanya; adakah golongan sebegini berada pada jalan yang benar?

Friday, August 26, 2011

Kita Berdamai, Boleh?

Salaam.

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat suatu gelombang Islamofobia yang terserak ke seluru dunia, yang menakut-nakutkan manusia dari agama lain untuk mempelajari Islam. Pandangan serong terhadap Islam menjadi semakin jelas apabila siri demi siri  keganasan yang dilakukan oleh radikalis Islam. Namun, adakah adil untuk menghukum Islam sebagai agama keganasan sedangkan penganutnya yang bersalah? 

Penulis pernah mengikuti suatu bual bicara maya dengan beberapa orang mubaligh Kristian yang menyokong pernyataan Islam sebagai agama keganasan. Ternyata mereka mempunyai hujah yang lemah. Jikalaulah tindakan penganut menjadi justifikasi standard agama, maka apakah semua ini:
  1. 1. Raja Charlemagne (742-814Masihi): mewajibkan Saxonis untuk masuk Kristian dengan pedang
  1. 2. Raja Cnut (Denmark): Menghapuskan agama bukan Masihi dengan keganasan
  1. 3. Brother of the Swords (Prussia): Memaksa pemelukan Kristian dengan taktik "api dan pedang"
  1. 4. Ordo Fathrum Militante Christ (Livonia) : Mewajibkan pemelukan Kristian
  1. 5. Raja Olav Tragivson (Norwegia): Membunuh penolak Kristian; sebahagian dikera kaki dan tangan
  1. 6. Vladimir (Russia, 988 Masihi): Memaksa semua lapisan hierarki untuk memeluk Kristian
  1. 7. Bishops of the Ministers (Montenegro): Mengetuai pembantaian beramai-ramai bukan Kristian pada  Hari Krismas, 25 Disember 1703 Masihi
  1. 8. Raja Charles Robert (Hungary): Membuang wilayah mereka yang menolak Kristian
  1. 9. 6th Toli-toli Council (Sepanyol): Mengharamkan semua fahaman (sama Kristian atau tidak) yang berlawanan dengan Katolik. 
  1. 10 Gutanian I (Mesir, 527-565 Masihi): 200000 Kristian Yakob dibunuh oleh Ortodoks Mulkan di Iskandariah
  2. 11. Raja Said Ar`ad (1342-1370 Masihi): Menguatkuasakan undang-undang bunuh bagi mereka yang menolak Kristian
  1. 12. Saint Louis (1214-1270 Masihi): "Apabila engkau melihat seorang pejalan kaki dan kaudengari dia mengutuk Kristian, engkau mesti mempertahankan agamamu dengan pedangmu, dan selepas itu kautikam pejalan kaki tadi dengan pedang yang kauhunus.
Cukuplah dua belas di atas ini. Ada banyak lagi perkara pemaksaan doktrin yang dilakukan pihak Gereja terhadap orang awam di seluruh dunia. Begitupun, umat Islam tidak pernah berkata, "Serangan ini adalah serangan atas dasar agama mahupun politik". Untuk berlaku adil, ada baiknya kita memahamkan betul-betul ayat 6 dalam surah ke-109 yakni Surahtul Kafiruun:, "Bagimu agamamu, dan bagiku agamaku".

Tuesday, August 23, 2011

Atheism Failure: Crime



‎"The unfairness of atheism can be shown when we are to talk about crime. Crime--as we know--happens because of the social pressure, as well as the evermore demanding world. People do almost everything to fulfill their timid needs, even to the extend of damaging others..."

['Where Is God', by J. Janousse]

14 minutes ago ·  · 
    • YassinYunus AnimaFidelis IudexFinalis 
      ‎"...so you may ask, what drives them to such insanity of killing and hurting others just for the sake of their life's fulfillment? What caused one to think that crime is not wrong but a way to solve his or her or their daily problem(s)?

      The answer is, they lack the consciousness about how valuable others' life is. Science never teaches the importance of not killing other because all organisms as we know in accordance to science, adhere to the idea of 'survival of the fittest'..."
      11 minutes ago · 
    • YassinYunus AnimaFidelis IudexFinalis 
      ‎"...and some atheists also argue that consciousness comes from complex chemical reactions and yada yada. So, by then, we can safely say to them that the lack of consciousness is due to the lack of some perplexed chemical reaction or say, composition.

      But until today, no one really can answer how love causes us to stay filial to our parents even though we are absolutely free from the needs to always be with them. No one could demonstrate how humans always adhere to their partner for the sake of their love, even though they can have a more fertile mate.

      This is where atheism and science both fail to justify the so-called fairness in judging people. I mean, if crime is caused by the lack of consciousness, would not that mean that we are punishing people for their lack of chemical reactions/composition? Is this a fair statement?..."
      4 minutes ago · 
    • YassinYunus AnimaFidelis IudexFinalis ‎"...in essence, we can never adhere to absolute empiricism in order to resolve cases fairly, because by doing that, atheism does seem to act in the otherwise."
      3 minutes ago · 

Tuesday, August 16, 2011

Laa Tahzan, Husnuzhon Wa Aamanubillah

Salaam.

Perdebatan kasih sayang Tuhan yang mutlak antara agama (Islam vs Kristian) malahan antarsekte dalam Islam itu sendiri tidak pernah berhenti. Pelbagai ijtihad dikeluarkan wabar bagi agama/sekte masing-masing dalam memahami maksud sebenar kasih sayang Tuhan. Kristian berpegang pada prinsip 'agape' dan 'unconditional love', manakala Islam berpegang kepada kasih-sayang melalui panduan. Kasih sayang Tuhan dalam Islam bergantung kepada ketaatan yang ditumpahkan kepada Kitabullah. Terdapat ratusan ayat menggagaskan idea bahawa kasih sayang Tuhan itu boleh bertambah dan berkurang.

Namun, pada pandangan penulis sendiri, kasih sayang Tuhan itu ada dua, yakni; kasih sayang kepada manusia seperti rezeki, jodoh, peluang masuk syurga dan setentu dengannya; serta kasih sayang terhadap manusia yang taat. Kasih sayang ini boleh diperolehi melalui ketaatan terhadapNya. Bersikap umum, adalah lebih baik untuk diperhatikan petikan ringkas di bawah;

"Engkau minta sekuntum bunga, lalu Allah SWT memberimu sebatang kayu reput.. engkau buangnya ke luar jendela, dan tidak mempedulikan kayu lapuk itu, dan menjalani hidup seperti biasa. Namun apabila dibuka jendela keesokan harinya, sebuah taman bunga terbentang indah di tempat yang sama kamu membuang kayu tadi"

Rahmat Allah, saudara-saudari sekalian berfungsi dengan cara yang paling tidak masuk akal. Tidak masuk akal di sini bukanlah yang bersifat negatif, malah positif. Bernafas contohnya; adakah ditarikNya nikmat ini dari manusia yang lalai, manusia yang degil untuk sujud dan tegar pada ingkar? Tidak!

Kenapa, kamu tanya. Kenapa Allah SWT memberi kita peluang untuk hidup hari ini dan kelmarin? Imam Ghazali r.a mengetengahkan jawaban yang ringkas dan sangat berkesan kepada hati yang benar-benar memahami hakikat menjadi hamba, dengan berkata, "Kerana dosa yang banyak, diberiNya kita hari ini untuk bertaubat (demi memperbetulkan kesilapan itu)". Nabi Muhammad SAWS sendiri bersabda, hasil riwayat Abu Hurairah, "Setiap anak Adam akan melakukan kesalahan. Dan yang terbaik dalam kalangan pelaku dosa itu adalah, mereka yang mengaku kesilapan mereka dan merubahnya".

Abu Dzar pernah mendatangi Baginda lantas menceritakan perihal dosa yang dia lakukan. Lalu Baginda menyuruhnya bertaubat. Kemudian, Abu Dzar datang lagi, mengekspresikan kekesalannya melakukan dosa yang sama, dan seperti sebelumnya, Baginda menyuruhnya bertaubat. Kemudian, Abu Dzar melakukan lagi dosa sebelumnya, ddan Baginda masih tetap menyuruhnya bertaubat. Begitulah sehingga kali keempat Abu Dzar datang. Kali ini, dia betul-betul dalam keadaan kesal. Baginda memujuknya, dan berkata, "Wahai Abu Dzar, ketahuilah; sebesar manapun dosa yang kamu lakukan, besar lagi Rahmat Allah SWT ke atasmu"

Saudara... renungkanlah.

Monday, August 15, 2011

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun

2. Bacalah Al-Qur`an, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab Fushah kerana Bahasa Arab yang betulitu adalah syi`ar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah SWT sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyraing dari kdar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengancam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa=apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenallah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan kita lebih banyak dari masa yang kita ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sunday, August 14, 2011

Apakah maksud Waktu Imsak?

Sebagaimana yang dimaklumi, puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya bermula daripada terbit fajar sadiq (masuk waktu subuh) hingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib) disertai dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.

Dalil waktu bermulanya puasa adalah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud:

“dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib)”.

Berdasarkan kepada dalil tersebut maka jelaslah bahawa waktu puasa itu bermula apabila masuknya waktu Subuh. Hal ini telah pun disepakati oleh Ijma’ Ulama’. Adapun waktu imsak yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit sebelum masuknya waktu subuh atau kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Qur’an yang sederhana panjang. Imsak adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud menahan daripada sesuatu.

Waktu imsak ini adalah sebaik-baik waktu bagi seseorang itu berhenti makan/minum ketika bersahur bagi membolehkannya bersiap-siap untuk menantikan masuknya waktu subuh dan juga sebagai waktu ihtiati (berjaga-jaga/berwaspada) agar tidak tergopoh-gapah bersahur hingga masuknya waktu subuh. Bersahur ketika hampir waktu imsak ini juga adalah lebih afdhal kerana ia amalan Rasulullah SAW sebagaimana maksud hadis daripada Zaid bin Thabit iaitu:

Kami sahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri solat. Saya bertanya “berapa lama jarak antara kedua-duanya itu?”, baginda bersabda “50 ayat al-Qur’an” (HR Bukhari).

Jadi jelaslah apa itu waktu imsak dan waktu bermulanya puasa (subuh). Kesimpulannya, mereka yang makan/minum selepas waktu imsak tidaklah membatalkan puasanya selagi mana tidak sampai masuknya waktu subuh tetapi bersahur ketika hampir waktu imsak (tidak terlalu cepat atau lambat) adalah yang digalakkan kerana ia sunnah Rasulullah SAW dan merupakan adab bersahur yang sangat baik. Meninggalkan sunnah Rasulullah SAW dengan sengaja tanpa alasan munasabah adalah makruh dan tidak terpuji. Demi menjaga kesempurnaan ibadah puasa kita dan lebih beradab dalam melaksanakan perintah Allah maka adalah baik jika kita mengikut panduan yang diberi. 
Sesungguhnya Allah Ta’ala lebih mengetahui.

P/S: 



1. Waktu Imsak adalah sebaik-baik waktu untuk berhenti makan dan minum kerana ia merupakan Sunnah Rasulullah SAW.

2. Makan dan minum selepas waktu Imsak tidak membatalkan puasa selagi belum masuk waktu subuh dan menurut pendapat Ulama’ hukumnya adalah Makruh...

[Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka, Malaysia]


Beautiful Teachings of Prophet (SAAS):

A traveler once came to the mosque to see Prophet Muhammad (pbuh). After greeting the Prophet (pbuh), he was asked where he was from. The traveler said that he came from very far just to get a few questions answered. Following it the dialoges between the traveler dan Prophet Muhammad (pbuh);

Traveler: I do not want punishment (Azaab) to be written in my account.
Prophet Mohammad (pbuh): Behave well with your parents.

Traveler: I want to be known amongst people as an intelligent person.
Prophet Mohammad (pbuh): Fear Allah (SWT) always.

Traveler: I want to be counted amongst Allah's (SWT) favorites.
Prophet Mohammad (pbuh): Recite Noble Qur'an every morning and evening.

Traveler: I want my heart to always be enlightened (Roshan and Munawar).
Prophet Mohammad (pbuh): Never forget death.

Traveler: I never want to be away from Allah's (SWT) blessing.
Prophet Mohammad (pbuh): Always treat fellow creatures well.

Traveler: I never want to be harmed by my enemies.
Prophet Mohammad (pbuh): Always have faith in Allah (SWT) only.

Traveler: I never want to be humiliated.
Prophet Mohammad (pbuh): Be careful of your actions.

Traveler: I wish to live long.
Prophet Mohammad (pbuh): Always do good towards blood relations (Sile Rahm).

Traveler: I want my sustenance to increase.
Prophet Mohammad (pbuh): Always be in ablution (Wudu).

Traveler: I wish to stay free of punishment (Azaab) in the grave.
Prophet Mohammad (pbuh): Always wear pure (Paak) clothes.

Traveler: I never want to burn in hell.
Prophet Mohammad (pbuh): Control your eyes and tongue.

Traveler: How do I get my sins forgiven?
Prophet Mohammad (pbuh): Always ask forgiveness from Allah (SWT) with a lot of humility.

Traveler: I want people to respect me always.
Prophet Mohammad (pbuh): Never extend your hands of need at people.

Traveler: I want to always be honored.
Prophet Mohammad (pbuh): Never humiliate or put down anyone.

Traveler: I don't want to be squeezed in the grave (Fishar-e-Qabr).
Prophet Mohammad (pbuh): Recite Sura-e-Mulk often.

Traveler: I want my wealth to increase.
Prophet Mohammad (pbuh): Recite Sura-e-Waqia every night.

Traveler: I want to be safe and at peace on Day of Judgment.
Prophet Mohammad (pbuh): Do remembrance (Zikr) of Allah (SWT) from dusk to night.

Traveler: I want to be in full attention and concentration during prayer (Namaaz).
Prophet Mohammad (pbuh): Always do ablution (Wudu) with concentration and attention.

[Written by 'Worship None but One'. Sunday, August 14 2011at 5.52 AM]

Saturday, August 13, 2011

Lidah


Ada lima perkara yang membatalkan pahala puasa, yang jika dilakukan puasa akan sia-sia, hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. 

Dari Anas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda:

"Lima perkara yang menghapuskan puasa (membatalkan pahala puasa) iaitu dusta, mengumpat, menghasut (memecah belah), membuat sumpah palsu dan melihat wanita yang bukan mahram dengan syahwat."

Dari lima perkara itu, empat darinya berkaitan lisan atau percakapan, iaitu dusta, mengumpat, menghasut dan bersumpah palsu. Perkara ini amat mudah berlaku setiap masa dan tempat.

Kerana itu jagalah lisan dan percakapan kita sepanjang Ramadhan ini, agar ia berterusan penjagaannya sepanjang tahun.

Mulut dan Lidah dengan fungsinya sebagai alat pertuturan adalah antara anggota yang liar dan merbahaya. Jika tidak dikawal sewajarnya, mulut dan lidah boleh mendatangkan fitnah, permusuhan dan kecelakaan.

Hakikat ini telah disedari oleh para bijak pandai nenek-moyang kita dulu. Mereka memperkatakannya dalam bentuk bahasa yang indah (peribahasa).

Antara peribahasa yang berkenaan ialah: "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya" dan "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa".

Banyak hadis memberi amaran tentang bahaya lisan

Diriwayatkan, Abu Sufyan bin 'Abdullah as-Saqafi telah bertanya kepada Rasulullah, "Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?". Rasulullah menunjukkan lidah baginda dan bersabda, "Inilah".

‎"Barangsiapa yang banyak perkataannya, akan banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, akan banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Nuaim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". [Riwayat at-Tirmizi]

Antara madah ulama pula ialah:

"Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu" [Ibnu al-Mubarak]

"Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematahkan gigimu" [Imam Sufyan al-Tsauri].

"Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap."

Rasulullah ﷺ bersabda: 

 مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia BERKATA BAIK atau dia DIAM." 
[Hadis dari Abu Hurairah r.a., direkod al-Bukhari dan Muslim]

Di dalam hadis ini menyebut dua perkara, BERKATA BAIK atau DIAM. Rasulullah menyebut berkata baik lebih dahulu dari diam, ertinya berkata yang baik (termasuk menasihati atau menegur masyarakat, pemimpin atau pemerintah) itu lebih utama.

Jika tidak mampu berkata baik, maka lebih baik diam. Jika dalam menasihati orang lain, tapi tidak mampu menasihati dengan baik, tidak boleh kawal emosi, kekurangan ilmu, maka terlebih baik bagi orang itu ialah diam. Serahkan kepada orang yang mampu berkata baik dalam menasihati.

Ingatlah, menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Lidah itu menjadi begitu merbahaya kerana disalahgunakan. Tetapi sekiranya digunakan sebaik-baiknya, lidah akan mendatangkan kebajikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Penggunaan lidah secara betul dan dituntut ialah untuk:

~ berzikir dan membaca al-Quran,
~ menyampaikan ilmu, nasihat dan dakwah - amar makruf dan nahi mungkar.
~ berdoa kepada Allah Taala.
~ berkomunikasi dengan sesama manusia dalam hal yang diredhai, tidak dimurkai Allah.

Perlu diingat, dalam menggunakan percakapan yang baik itu, hakikatnya, "Berkata tentang yang baik mudah. Membuat perkara yang baik susah. Yang paling susah berikhlas di dalam membuat perkara yang baik."

Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah:

~ berdusta, (gurauan), atau membuat janji palsu.

Rasulullah ﷺ bersabda, maksudnya : "Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianati".

~ mengumpat, memfitnahkan orang, menghasut atau menjadi "batu api".

Rasulullah ﷺ bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya".

Orang yang mengumpat itu bagaikan melontarkan segala kebajikan ke timur ke barat dan ke kiri ke kanan, yakni dia menghantar kebajikannya kepada orang yang diumpatnya. Maka itu, Ibnu al-Mubarak berkata, "Jikalau aku ingin mengumpat, tentu aku akan mengumpat ibuku sendiri, kerana dialah yang terlebih berhak mendapat kebajikan daripadaku".

Rasulullah ﷺ bersabda: "Sewaktu aku berjalan pada malam israk, aku lihat beberapa puak penghuni neraka sedang makan bangkai. Menjawab pertanyaanku, Jibril berkata, "Mereka itu ialah orang-orang yang suka makan daging manusia di dunia'" (Orang-orang yang mengumpat).

Kepada Mu'az bin Jabal, Rasulullah pernah bersabda: "Putuskan lidahmu daripada mengumpat ahli al-Quran, penuntut ilmu, dan jangan engkau koyak-koyakkan daging manusia dengan lidahmu, nanti akan dikoyak-koyakkan dagingmu oleh anjing neraka".

~ mencacatkan cakap orang, membenarkan cakap sendiri dan berbantahan.
~ memuji diri.

Allah Taala berfirman, mafhumnya: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui orang yang bertaqwa." [al-Najm: 32]

~ mengutuk dan memaki makhluk.
~ mendoakan kejahatan untuk manusia.
~ mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu (lawak yang tidak benar), sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan orang.

Semua yang berkaitan dengan amalan lidah yang tersebut dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus (mubah)" yang tidak berfaedah ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, sekurang-kurangnya merugikan masa dan mengikut ulama, akan memanjangkan hisab di akhirat kelak, sebagaimana yang dimaksudkan dalam syair berikut:
"Jauhilah daripada kata-kata berlebihan, kerana hisabnya nanti berpanjangan."

Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa dhaif (lemah atau malas) beribadat dan sukar mendapat rezeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu".

Menurut Imam al-Ghazali, kata-kata yang harus dan tidak berfaedah itu akan meimbulkan empat kesan negatif:

Pertama, menyibukkan malaikat mencatat kata-kata yang sia-sia itu. Sayugianya, seseorang itu malu dan tidak menyusahkan malaikat itu. Allah berfirman : "Ingatlah ketika mencatat dua malaikat pencatat amal, satu di kanan dan satu lagi di kiri dalam keadaan duduk. Tiada satu kata pun yang diucapkan (oleh seseorang) melainkan di sisinya ada (dua) malaikat pengawas yang sedia hadir" (Qaaf, 50: 17-18).

Kedua, kitab (buku catatan kedua-dua malaikat tersebut) akan dipersembahkan ke hadrat Allah Taala. Oleh itu, seseorang hamba Allah hendaklah takut kepada Allah dan berhati-hati supaya di dalam kitab itu tidak tercatat kata-kata yang sia-sia.

Diriwayatkan, seorang alim bertemu dengan seorang yang sedang mengeluarkan kata-kata yang keji dan tidak berfaedah. Lalu katanya kepada orang itu, "Amat malang bagimu! Engkau memenuhi kitab yang akan dipersembahkan ke hadrat Allah. Fikirlah sendiri, dengan apa engkau penuhi kitab itu!"

Ketiga, kitab itu akan dibacakan pada hari kiamat di hadrat Allah Malikul-Jabbar dalam perhimpunan paling agung segala manusia di padang Mahsyar pada hari kiamat.

Keempat, hamba Allah yang berkenaan akan mendapat cercaan dan penghinaan kerana kandungan kitabnya penuh dengan kata-kata yang sia-sia itu. Tiada lagi hujah baginya untuk membela diri.

Marilah kita mempersiapkan diri dalam menghadapi Ramadhan yang bakal tiba, agar dapat bermujahadah mengawal pertuturan dari yang haram dan sia-sia. Moga amalan kita sepanjang Ramadhan khususnya puasa akan diterima Allah sebagai amal soleh.

Ingatlah pesanan Rasulullah ﷺ: 

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

"Berapa ramai orang puasa hanya mendapatkan lapar; dan berapa banyak orang yang mendirikan ibadah di malam hari, hanya mendapatkan penat saja." [HR. Ahmad] 

Nota ini hasil dari status Mohd Fadli Yusof http://www.facebook.com/mfadli11/posts/2322261055616

محمد فضلي بن يوسف
25 Syaaban 1432H
27 Julai 2011